MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Kien Keat-Boon Heong ditunjuk jalan keluar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Kien Keat-Boon Heong ditunjuk jalan keluar   Fri Jan 06, 2012 4:18 am


KIEN Keat (kanan) dan Boon Heong
tewas kepada pemian dari Taiwan pada pusingan kedua Kejohanan Siri
Super Terbuka Korea semalam.




SATU ketika dulu, gandingan Koo Kien Keat- Tan Boon Heong dilabel sebagai beregu emas negara.

Jolokan tersebut diberikan kepada mereka selepas tampil hebat pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Selepas itu, rentak cemerlang mereka semakin menurun sehingga mudah
ditundukkan oleh lawan kurang ternama pada saingan peringkat
antarabangsa.

Terbaharu, beregu lelaki No. 1 negara ditunjuk jalan keluar lebih awal pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea semalam.

Mereka tewas kepada beregu dari Taiwan, Chieh Min Fang-Sheng Mu Lee 21-13, 20-22, 22-24 pada aksi pusingan kedua.

Pasangan itu ternyata tidak bernasib baik meskipun mempamerkan aksi bertenaga sebelum tewas pada set kedua dan ketiga.

Pada pusingan pertama sebelum ini, Kien Keat-Boon Heong bermula
garang apabila menumpaskan beregu Belanda, Ruud Bosch Keon Ridder
21-15,21-10 dalam tempoh 30 minit.

Kekalahan itu membawa petanda kurang baik kepada gandingan Kien
Keat-Boon Heong yang akan menggalas cabaran negara pada Terbuka
Malaysia minggu depan.

Mengiringi kekalahan mereka ialah beregu wanita No. 1 negara, Chin
Eei Hui-Wong Pei Tty yang tunduk kepada pasangan 'import' Singapura,
Shinta Mulia Sari-Yao Lei 26-28, 8-21.

Walaupun memberikan saing yang sengit pada set pertama, namun
pasangan itu gagal mengekalkan rentak cemerlang permainan pada set
kedua.

Pada saingan pusingan pertama kelmarin, Eei Hui-Pei Tty mencipta
kejutan apabila menundukkan pilihan keenam dari Taiwan, Wen Hsing
Cheng-Yu Chin Chien dengan keputusan 21-16, 21-13.

Kini, perjuangan negara di Korea diteruskan oleh pemain perseorangan
No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mudah melepasi halangan pusingan
kedua semalam, sekali gus menempah tempat ke pusingan suku akhir.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu, menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Shon Wan Ho 13-21, 21-14, 21-15.

Pemain No. 1 dunia itu dikejutkan pada permainan set pertama apabila
ditentang hebat dan tewas kepada Wan Ho, namun bangkit semula pada set
seterusnya untuk memenangi perlawanan.

Kelmarin, Chong Wei beraksi cemerlang pada pusingan pertama apabila menewaskan pemain Taiwan, Hsuan Yi Hsueh 21-11, 21-16.

Turut melangkah ke suku akhir ialah pemain No. 2 dunia Lin Dan dari
China selepas menewaskan pemain tuan rumah, Hyun Il Lee 11-21, 21-12,
21-10.
Back to top Go down
 
Kien Keat-Boon Heong ditunjuk jalan keluar
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» sesatkah LDII
» ALLAH DALAM AL-QURAN DAN ALKITAB TERNYATA BEDA OKNUM ALLAH
» SELAMAT JALAN ABUYA PROF.DR,MUHIBBUDDIN WALY
» Kepala Tentara Inggris Dipenggal, Tangan Pelaku Berlumuran Darah
» Alasan Meninggalkan Gereja

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: