MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 #Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




#Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu Empty
PostSubject: #Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu   #Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu EmptyThu Jan 05, 2012 11:38 am

Memformat komputer adalah salah
satu perkara yang sering kita dengar apabila PC bermasalah. Kadang-kala
perkara yang remeh dan dapat diatasi dengan senang, namun ramai yang
masih memilih untuk memformat komputer. Salah satu cara mudah untuk
memulihkan komputer yang bermasalah adalah dengan menggunakan aplikasi Sardu (Shardana Antivirus Rescue Disk Utility).

Secara ringkasnya, Sardu membolehkan para pengguna membangunkan
peranti multiboot mereka tersendiri samada menggunakan peranti USB,
cakera CD, DVD ataupun sebagainya. Ketika membinanya, Sardu memberikan
pilihan berkaitan aplikasi apa yang ingin disertakan, termasuk
antivirus dan ratusan aplikasi lain.

#Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu Sardu-menu

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk membaik-pulih dan
mengembalikan sistem operasi Windows dengan pantas, terus melalui skrin
boot dengan menggunakan Sardu ini. Pada masa yang sama, Sardu turut
menyediakan aplikasi untuk para pengguna mendapatkan kembali dokumen
atau gambar yang hilang, serta menguji perkakasan mereka seperti cakera
keras, RAM, grafik dan sebagainya.

Sardu ditawarkan secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun hari ini,
dan menyertakannya kepada aplikasi wajib yang dipunyai oleh anda, andai
kata komputer atau sistem operasi anda mempunyai sebarang masalah.
Back to top Go down
 
#Tips : Baik-Pulih Pemasangan Windows Anda Menggunakan Aplikasi Sardu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wali Band - Baik Baik Sayang
» Android Market Kini Mempunyai Lebih Daripada 400,000 Aplikasi
» Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.
» Aplikasi Google Translate Kini Membawakan Sokongan Menterjemah Tulisan
» Aplikasi ChatON Daripada Samsung Kini Ditawarkan Kepada Pengguna iOS

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Informasi Komputer & Teknologi Semasa-
Jump to: