Setelah tablet daripada Huawei
dilancarkan di Malaysia sebelum ini, iaitu Huawei MediaPad, kini
peranti terkini daripada Huawei, iaitu Huawei Honor dijangka akan
dimulakan jualan di pasaran tempatan pada minggu ini. Harga jualannya
di Malaysia adalah RM1099, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi
Huawei seluruh negara dalam minggu ini.
Melalui Huawei Honor U8860, ia membawakan skrin seluas 4-inci, cip
pemprosesan 1.4GHz, mengunakan Android 2.3 Gingerbread, dan juga kamera
8-megapixel bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, Huawei Honor
dijangka akan mendapat kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich tidak
lama lagi.
Pada harga RM1099, mungkin ianya salah satu peranti yang mampu milik
dan bersesuaian dengan harga yang ditawarkan. Dan mungkin dengan CES
2012 yang semakin hampir, lebih banyak peranti baru bakal diperkenalkan
tidak lama lagi.