MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web Empty
PostSubject: Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web   Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web EmptyFri Jan 06, 2012 4:27 am

Salah satu fokus utama Google
melalui pelayar web Chrome mereka adalah kepantasan, selain daripada
sekuriti dan sebagainya. Dan hari ini, melalui kemaskini
Google Chrome 17 Beta, mereka terus membawakan pelbagai penambahan
kepada pelayar web yang semakin meningkat popularitinya itu dari hari
ke hari.

Melalui Chrome Beta yang baru, ia membawakan sokongan untuk membuka
laman web dengan lebih pantas lagi. Chrome 17 Beta kini diintegrasikan
dengan sokongan baru, dimana ia membuka laman web ketika anda sedang
menaip URL pada bar alamatnya. Ia mungkin menggunakan teknologi yang
lebih kurang sama dengan Instant Search pada Google. Namun menurut
Google, melaluinya, sekiranya URL yang anda taip itu adalah salah satu
laman yang anda sering lawat, dan disokong dengan auto-complete, maka Chrome akan mula membukanya sedikit demi sedikit dibahagian belakang, dan bersedia sebelum anda menekan butang Enter.

Pada masa yang sama, dari segi sekuriti pula, kini teknologi Google
diperluaskan, dimana ia bukan sekadar menyemak laman-laman yang
mengandungi virus dan sebagainya, tetapi turut menyemak muat-turun
anda, dimana ia kini boleh menyemak fail yang dimuat-turun oleh anda
untuk mengetahui samada adakah ianya mengandungi virus ataupun
sebaliknya. Namun begitu, sokongan ini hanya untuk fail-fail *exe dan
juga *msi sahaja buat masa ini.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Chrome 17 Beta daripada saluran rasmi Google, dan mula menggunakan pelbagia fungsi baru ini terlebih dahulu sebelum pengguna yang lain.
Back to top Go down
 
Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» GaySec Menutup Sementara Laman Utama
» kenapa aku x boleh nk upload gambar?
» Berhati2 sebelum terkena
» Tilt Membolehkan Laman Web Diperlihatkan Dalam Bentuk 3D Pada Firefox
»  Mangsa diperkosa sebelum dibunuh

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Informasi Komputer & Teknologi Semasa-
Jump to: