MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web   Fri Jan 06, 2012 4:27 am

Salah satu fokus utama Google
melalui pelayar web Chrome mereka adalah kepantasan, selain daripada
sekuriti dan sebagainya. Dan hari ini, melalui kemaskini
Google Chrome 17 Beta, mereka terus membawakan pelbagai penambahan
kepada pelayar web yang semakin meningkat popularitinya itu dari hari
ke hari.

Melalui Chrome Beta yang baru, ia membawakan sokongan untuk membuka
laman web dengan lebih pantas lagi. Chrome 17 Beta kini diintegrasikan
dengan sokongan baru, dimana ia membuka laman web ketika anda sedang
menaip URL pada bar alamatnya. Ia mungkin menggunakan teknologi yang
lebih kurang sama dengan Instant Search pada Google. Namun menurut
Google, melaluinya, sekiranya URL yang anda taip itu adalah salah satu
laman yang anda sering lawat, dan disokong dengan auto-complete, maka Chrome akan mula membukanya sedikit demi sedikit dibahagian belakang, dan bersedia sebelum anda menekan butang Enter.

Pada masa yang sama, dari segi sekuriti pula, kini teknologi Google
diperluaskan, dimana ia bukan sekadar menyemak laman-laman yang
mengandungi virus dan sebagainya, tetapi turut menyemak muat-turun
anda, dimana ia kini boleh menyemak fail yang dimuat-turun oleh anda
untuk mengetahui samada adakah ianya mengandungi virus ataupun
sebaliknya. Namun begitu, sokongan ini hanya untuk fail-fail *exe dan
juga *msi sahaja buat masa ini.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Chrome 17 Beta daripada saluran rasmi Google, dan mula menggunakan pelbagia fungsi baru ini terlebih dahulu sebelum pengguna yang lain.
Back to top Go down
 
Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Structure and composition of the Beta Pictoris disc
» Chrome by Google can listen to you via microphone : Tablets, pc's etc.
» Possible image of an exoplanet next to Beta Pictoris
» perjanjian manusia dengan tuhan sebelum dilahirkan
» perlukah berwudhu sebelum membaca Qur'an

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Informasi Komputer & Teknologi Semasa-
Jump to: