MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

  Lari tangan terbakar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Lari tangan terbakar   Sat Jan 07, 2012 3:43 am





DERITA...Yap melecur 17 peratus di tangan dan muka.

KOTA BHARU: “Kedua-dua tangan saya terbakar sebelum api turut menyambar
muka dan rambut. Dalam keadaan api masih menyala di tangan, saya
melarikan diri dari kawasan belon yang terbakar,” kata pekerja kontrak,
Yap Chee Keong, 30.

Yap seorang daripada tiga mangsa kejadian belon gas pecah dan terbakar
di tapak Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jerteh Souq, Jerteh,
Terengganu, kelmarin.


Menurutnya, ketika kejadian dia sibuk melakukan kerja memasang wayar di
karnival berkenaan dan berada kira-kira 1.5 meter dari kawasan belon
dipasang. “Saya melihat dua lelaki memasukkan gas ke dalam belon itu
sebelum tiba-tiba ia pecah dan meletup. Saya tidak sempat berbuat
apa-apa dan api menyambar hingga terkena kedua-dua tangan, muka dan
rambut.

“Sambil berlari dari tempat kejadian, saya mengibas-ngibas api yang
masih menyala di tangan untuk memadamkannya. Ketika itu, tangan dan
muka terasa panas dan perit,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja
Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, semalam.


Yap yang berasal dari Jalan Ipoh, Kuala Lumpur berkata, dia mulanya dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke HRPZ II.


Katanya, dia melecur 17 peratus di bahagian tangan dan muka.

Seorang lagi mangsa, Mohamad Hanif, 17, yang melecur di muka, badan dan
tangan mendakwa api rokok dihisap seorang pengunjung karnival berkenaan
kemungkinan punca belon yang sedang dimasukkan gas itu pecah dan
terbakar.


“Ketika saya dan seorang lagi rakan setugas memasukkan gas ke dalam
belon, mungkin ada pengunjung merokok di kawasan berhampiran dan api
rokok terkena pada belon menyebabkan ia pecah dan terbakar.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya terbakar di bahagian muka,
badan dan tangan,” katanya ketika ditemui di Unit Kebakaran, Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini.


Bagaimanapun, Mohamad tidak dapat mengulas lanjut kerana masih lemah dan sakit.


Rakan Mohamad dikenali sebagai Kalidasan, 23, turut ditempatkan di hospital berkenaan.


Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Mohd Nor Jusoh, 55, dari Kampung
Lampu, Kuala Besut yang turut ditempatkan di HUSM sudah dibenarkan
pulang.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
Back to top Go down
 
Lari tangan terbakar
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» apakah Allah punya kaki dan tangan sama seperti manusia?
» BLOG REPORT: "Little hands" (Down's syndrome)
» Siapa yang merubah Injil dan tujuannya?
» Si Jangkung, Perampok Pemilik Tiga Jimat Tewas di Tangan Polisi
» panduan mandi junub

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: