MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Pekerja maut pemampat peti sejuk meletup

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Pekerja maut pemampat peti sejuk meletup   Sat Jan 07, 2012 3:44 am



Seorang anggota polis memeriksa kedai besi buruk yang meletup dan
mengorbankan seorang pekerjanya di Kampung Bukit Lanchong, Putra
Heights, Subang Jaya semalam.

SUBANG JAYA - Seorang warga India terbunuh manakala dua rakan
senegaranya cedera parah apabila pemampat sebuah peti sejuk di sebuah
premis mengumpul besi buruk di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights di
sini meletup secara tiba-tiba semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli
berkata, Ganesan Selvakumar, 25, yang putus tangan kiri dan cedera
parah di muka dan badan mati di tempat kejadian.

Dua lagi rakan mangsa, Thiruvattachelvam Ayyachamy, 28, dan Marimuthu
Chinnathambi, 37, cedera parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan
Rahimah di Klang.

Menurut beliau, kejadian pada pukul 8.45 pagi itu berlaku ketika
Ganesan mengetuk pemampat peti sejuk manakala dua rakannya yang berada
tidak jauh dari Ganesan mengetuk beberapa barangan besi lain.

"Ketika pemampat peti sejuk diketuk Ganesan, barang itu tiba-tiba
meletup menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter dengan tangan
kirinya terputus," kata beliau di sini semalam.


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_06.htm
Back to top Go down
 
Pekerja maut pemampat peti sejuk meletup
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah Hadirnya Malaikat Maut Pada Detik-detik Wafatnya Rasulullah SAW
» Jaringan Islam Liberal, SESAT? Gus Dur juga LIBERAL? dan Apa pandangan teman sekalian tentang islamlib???
» Mimpi asma kalimah Syahadat
» ISLAM - ANTI KRISTUS
» Sakti ex-gitaris sheila on 7 mengikuti sunnah nabi dengan memelihara jenggot dan memakai gamis

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: