MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini Empty
PostSubject: Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini   Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini EmptySat Jan 07, 2012 3:44 am

[b]Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini Lu_06.1
Antara barangan yang ditemui dalam bangkai kapal Titanic di dasar laut
iaitu jam, teropong dan rantai emas yang akan dilelong di New York,
April ini. – AFP

NEW YORK 6 Jan. – Sebanyak 5,000 barangan berharga yang ditemui dari
kapal penumpang kelas pertama Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik
sejak seabad lalu, akan dilelong di New York pada April ini.

Koleksi barangan itu akan dilelong dalam satu lot oleh firma lelong
Guernsey pada 11 April ini, sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic
melakukan pelayaran pertama sebelum tenggelam di Newfoundland setelah
terlanggar bongkah ais besar.

Presiden firma Guernsey, Arlen Ettinger menyifatkan acara lelong itu
sebagai ‘detik bersejarah’ dan ‘ia merupakan satu-satunya jualan
barangan bernilai dari bangkai kapal Titanic yang berada empat
kilometer di dasar laut’.

Firma lelongan menganggarkan jualan kesemua barangan itu mencecah sehingga AS$189 juta (RM594 juta).

Barangan tersebut yang ditayangkan kepada umum semalam, merupakan
kenangan pahit yang menyaksikan kira-kira 1,500 orang terbunuh apabila
kapal itu tenggelam selepas belayar dari Southampton, England.

Ettinger berkata, kesemua barangan itu perlu dijual dalam satu lot
untuk ‘mengabadikan memori kapal yang hebat itu’ dan ‘berharap generasi
akan datang berpeluang melihatnya.’

Katanya, jualan itu ‘tertakluk kepada perjanjian dan syarat tertentu
untuk memastikan barangan tersebut sentiasa dijaga dengan baik menjadi
tontonan orang ramai’.

Antara barangan tersebut, termasuk set mencukur, permainan kanak-kanak,
paip tembakau, dan butang tembaga yang dipakai oleh Kapten Edward Smith
dan pegawai-pegawainya.

Terdapat juga barangan mewah yang akan dilelong seperti botol kristal
dari kabin kelas pertama, lilin dari Restoran A la Carte, pinggan perak
serta porselin biru dan emas.

Sisa-sisa bahagian kapal itu turut dilelong seperti kompas yang
digunakan oleh pegawai pemerhati, lampu, wisel perak dan loceng. – AFP


sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_06.htm
[/b]
Back to top Go down
 
Barangan mangsa kapal Titanic dilelong April ini
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta
» Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!
»  Mangsa diperkosa sebelum dibunuh
» Mangsa DINA (bukan nama awek)
» Playboy April 2011

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: