MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 DC Avanti supercar pertama India

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




DC Avanti supercar pertama India Empty
PostSubject: DC Avanti supercar pertama India   DC Avanti supercar pertama India EmptySat Jan 07, 2012 3:47 am

DC Avanti supercar pertama India Du_01.1
BENTUK kereta DC Avanti yang dipamerkan pada Ekspo Motor Delhi di New Delhi kelmarin.

NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.

Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin.

Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.

Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada
Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut
dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang
dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam
(km/j).

Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.

Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria.

Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC
Avanti bukan sekadar menjadi manifestasi kepada minat yang mendalam
terhadap kereta sport.

"Malah ia membuktikan kemampuan kami yang kini sudah bergerak daripada penggayaan kepada penghasilan prototaip penuh," katanya.

DC dilihat mengikut langkah banyak firma reka bentuk Itali misalnya
Bertone, Ghia, Pininfarina dan Stola yang turut menghasilkan kereta
edisi terhad masing-masing untuk dijual kepada pasaran umum.

Tempahan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat akan dibuka sebaik
sahaja ekspo itu berakhir. Penghantarannya dijadual bermula suku
terakhir 2013. - Agensi


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_01.htm


Back to top Go down
 
DC Avanti supercar pertama India
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kereta 200cc dikeluarkan di India
» Lelaki Titisan Dewa Monyet Di India
» malam pertama
» Kisah Malam Pertama Aku
» 4 isteri....jagalah yang pertama

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: