MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Wanita lahir anak dalam penerbangan

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Wanita lahir anak dalam penerbangan Empty
PostSubject: Wanita lahir anak dalam penerbangan   Wanita lahir anak dalam penerbangan EmptySat Jan 07, 2012 3:45 am


BEIJING 6 Jan. - Seorang wanita China berusia 23 tahun
yang sarat mengandung mengalami pengecutan rahim pada 50 minit pertama
penerbangan sebelum melahirkan anak ketika menaiki pesawat wilayah
Sichuan ke Wuhan, semalam.

Akhbar Shanghai Daily yang memetik kenyataan pegawai lapangan terbang
berkata, wanita itu, Feng Yu berbadan kurus dan memakai baju besar
menyebabkan dia tidak kelihatan seperti sedang sarat mengandung.

Prosedur penerbangan menetapkan wanita mengandung melebihi tujuh bulan dinasihati tidak menaiki pesawat.

Yu bernasib baik kerana empat krew pesawat yang terlatih berjaya menyambut kelahiran bayinya itu.

Seorang daripada krew penerbangan, Zuo Lei berkata, dia berasa cemas
apabila badan bayi tersebut mula tersangkut walaupun kepalanya sudah
keluar.

"Saya cuba menenangkan diri dan memegang erat tangan wanita itu serta
berusaha sedaya-upaya mengingat kembali latihan kecemasan yang telah
dipelajari," katanya.

Sebaik sahaja bayi yang dinamakan Angel itu selamat dilahirkan, penumpang pesawat tersebut memberi tepukan gemuruh dan bersorak.

Pesawat itu kemudiannya mendarat tujuh minit kemudian dan pasukan perubatan membawa Yu ke hospital.

Yu bukan ibu pertama yang melahirkan anak pada ketinggian 4,000 kaki di udara.

Pada September 2010, Aida Alamillo melahirkan bayinya ketika dalam penerbangan dari Manila ke San Francisco.

Seminggu sebelum itu, seorang wanita Perancis melahirkan anak ketika dalam penerbangan ke Paris. - AGENSI

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_09.htm
Back to top Go down
tycoon
SDT Junior
SDT Junior
tycoon


Posts : 51
Mata Ganjaran : 4496
Reputasi : 1
Join date : 2012-01-28

Wanita lahir anak dalam penerbangan Empty
PostSubject: Re: Wanita lahir anak dalam penerbangan   Wanita lahir anak dalam penerbangan EmptySat Jan 28, 2012 10:15 am

Dapat naik free kapal terbang free la lepas ni si anak yang baru lahir tu
Back to top Go down
 
Wanita lahir anak dalam penerbangan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bapa hadiahkan wanita kepada anak sempena Besday
» cara menyambut kelahiran anak dalam islam
» 9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak
» Cabul wanita
» VA - Keunggulan Wanita 2 (2011)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: