MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Jualan BMW atasi Mercedes di AS

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Jualan BMW atasi Mercedes di AS Empty
PostSubject: Jualan BMW atasi Mercedes di AS   Jualan BMW atasi Mercedes di AS EmptySat Jan 07, 2012 3:46 am

Jualan BMW atasi Mercedes di AS Du_02.1
GAMBAR menunjukkan kereta BMW yang kesejuta dikeluarkan di sebuah
kilang pengeluar kenderaan itu di Leipzig, Jerman pada 9 Disember lalu.

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Pengeluar kereta Jerman, BMW mencipta
kejutan kelmarin dengan mengatasi saingan terdekatnya, Mercedes-Benz
untuk menduduki tempat teratas jenama kereta mewah paling laris pada
tahun 2011 di AS.

Perkembangan di luar dugaan tersebut berlaku selepas penerbitan
automotif AS, Autodata mengisytiharkan Mercedes juara kategori
berkenaan pada Rabu lepas berdasarkan "data daripada sumber industri
yang boleh dipercayai" ekoran tidak memperoleh laporan statistik
terbabit daripada kedua-dua pengeluar BMW dan Mercedes.

"Saya memiliki keyakinan penuh bahawa tahun 2012 akan menjadi lebih
baik terutamanya apabila kereta BMW 3 Series baharu tiba di AS pada
Februari depan disusuli model-model baharu yang lain beberapa bulan
kemudian," kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW bagi rantau Amerika Utara,
Ludwig Willisch dalam satu kenyataan.

Mercedes mendahului BMW pada November tahun lalu dengan pelancaran
kereta sedan C-Class baharu untuk tahun 2012. Mercedes pada mulanya
dijangka mengekalkan kedudukan teratas tersebut sehingga akhir tahun
2011.

Namun, BMW memintas Mercedes untuk menduduki tempat pertama dengan kelebihan cuma 2,600 buah kenderaan pada bulan berikutnya.

Dalam laporan kelmarin, BMW menyatakan jualan kenderaannya di AS sepanjang tahun 2011 meningkat kepada 247,907 buah kenderaan.

Mercedes pula melaporkan ia mencatat 13.3 peratus kenaikan jualan
apabila menjual sebanyak 245,231 buah kenderaan di AS untuk tahun sama.

Mengekori di belakang dua jenama Jerman itu untuk berada di tempat
ketiga adalah jenama Lexus keluaran Toyota yang sebelum ini mengungguli
kategori tersebut selama 11 tahun berturut-turut.

Namun, jualan kereta Lexus terjejas pada tahun lalu akibat bencana
gempa bumi kuat dan tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac
tahun lalu. - AFP


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_02.htm


Back to top Go down
tycoon
SDT Junior
SDT Junior
tycoon


Posts : 51
Mata Ganjaran : 4497
Reputasi : 1
Join date : 2012-01-28

Jualan BMW atasi Mercedes di AS Empty
PostSubject: Re: Jualan BMW atasi Mercedes di AS   Jualan BMW atasi Mercedes di AS EmptySat Jan 28, 2012 10:17 am

support perodua
Back to top Go down
 
Jualan BMW atasi Mercedes di AS
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Apple Store Malaysia Membawakan Tawaran Jualan Khas Esok

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: