MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Afdlin kecewa sikap juri malukan peserta?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Afdlin kecewa sikap juri malukan peserta?   Sat Jan 07, 2012 3:51 am



Walaupun akur dengan kemenangan orang lama, Osbon di pentas Maharaja
Lawak Mega (MLM), tidak siapa tahu gelora di hati kumpulan Boboi yang
dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.

Menjadi peserta pilihan peminat, Boboi tampil dengan pelbagai
kreativiti setiap minggu, namun Boboi terpaksa akur di tempat kedua
setelah tewas dengan Osbon yang diterajui Os dan Abon.

Ketika sidang media selepas tamat malam penentuan minggu lalu, Boboi
dilihat tidak banyak bercakap. Harun misalnya, lebih selesa mendiamkan
diri dan menyerahkan segala soalan dijawab Afdlin.

Bagi Afdlin, takhta MLM memang layak menjadi milik Osbon, malah mereka
berbangga dengan kemenangan Os dan Abon yang lebih senior daripada
mereka. Bagaimanapun, dari riak wajahnya jelas menunjukkan Afdlin
sebenarnya kecewa.

Sementara itu, Afdlin, turut menegur sikap juri yang menggunakan kuasanya untuk memalukan peserta yang bertanding.

“Saya memang tak setuju dengan juri yang suka memalukan peserta, tidak
kira apa jua pertandingan. Jika teguran yang diberi itu membina, ianya
perlu dan jika tidak, jangan sampai kelantangan itu mengaibkan orang.

“Saya bercakap di pihak juri kerana saya pernah menjadi juri. Jika
tidak suka, cakap saja tidak suka dan jangan bercakap sehingga mereka
terasa.

“Peserta yang datang untuk bertanding adalah dijemput. Sama seperti
kita ke rumah orang. Buat apa dijemput, jika selepas itu dihamburi
dengan maki hamun. Jadilah orang yang bijak dalam menggalas
tanggungjawab,” katanya.

Apa yang diluahkan Afdlin dalam sidang media itu bagaimanapun pernah
diluahkannya menerusi laman sosial, Facebook miliknya, sehari sebelum
final MLM.
Kenyataan itu dibuat lebih menjurus kepada juri tetap, Datuk Redzuawan
Ismail atau Chef Wan. Malah Chef Wan turut membidas kenyataan Afdlin,
namun membuang entrinya tidak lama selepas itu.
Bagaimanapun, ketika malam final lalu, Afdlin meminta izin kepada AC
Mizal untuk memeluk Chef Wan selepas persembahan pertamanya.

Dari situ, penonton dan peminat dapat menilai Afdlin adalah individu
yang profesional dan tidak mengaitkan masalah peribadi dengan kerja.






http://www.sinarharian.com.my/hibura...eserta-1.16166


Back to top Go down
 
Afdlin kecewa sikap juri malukan peserta?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» pentingnya sikap tawadhu (rendah hati)
» MUI Nyatakan Sikap Soal Ucapan Ahok Terkait Al Maidah 51, ini Isinya
» Sikap Muslim Terhadap Penghinaan Agama
» bahaya sikap munafik
» Kristen Tidak Nasionalis ! Kristen Dukung OPM !

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: