MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Penyanyi Baru , Diandra Arjunaidi Bukan Anak Didik Yuna

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Penyanyi Baru , Diandra Arjunaidi Bukan Anak Didik Yuna   Sat Jan 07, 2012 3:52 am






Diandra Arjunaidi adalah pendatang baru dalam dunia muzik tempatan.
Gadis berusia 20 tahun ini cukup bertuah kerana menjadi artis pertama
bernaung di bawah Yuna Room Records. Bagaimanapun, gadis ini tidak mahu
dibayangi Yuna walaupun cara nyanyian mereka punya sedikit persamaan.

“Saya tahu ada yang berpendapat muzik dan cara nyanyian saya sama
seperti Yuna. Tapi, saya tidak setuju dengan tanggapan itu. Saya adalah
saya. Muzik kami berbeza. Namun, sebagai orang baru saya tidak melihat
perkara itu sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya, ia satu
penghargaan. Lama kelamaan, orang akan faham juga dengan muzik saya.

Saya bersyukur kerana Yuna percaya dengan bakat yang saya miliki. Semua
lagu yang dimuatkan dalam album pertama itu adalah gubahan dan tulisan
saya sendiri. Saya mula buat lagu sejak di zaman sekolah lagi iaitu
dari tahun 2005,” ujar Diandra yang melancarkan album sulungnya bersama
Yuna di Holding Room, Menara 1, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Rabu
lalu.

Dalam masa yang sama, Diandra juga tidak setuju jika ada pihak yang
mengatakan dia menumpang populariti Yuna. Jelas penyanyi berdarah
kacukan ini, bukan dia yang mencari Yuna, tetapi Yuna yang datang
kepadanya untuk mengambilnya sebagai artis naungan.

“Sebenarnya saya sudah dua tahun lebih terlibat dengan persembahan gig.
Yuna jumpa saya pun ketika saya sedang buat satu persembahan. Kalau
orang kata saya ingin menumpang populariti Yuna, saya tidak setuju
kerana bukan saya yang mencari Yuna. Tapi saya tidak nafikan melalui
Yuna saya mungkin berpeluang untuk pergi lebih jauh. Walau apa pun,
saya mahu dapatkan keyakinan peminat muzik Malaysia dahulu. Kemudian
barulah kembangkan ke tempat-tempat lain. Mungkin boleh bermula dengan
Singapura dan Indonesia dulu,” ujar Diandra lagi.









Sementara itu, Yuna turut menegaskan dia dan Diandra tidak punya
persamaan. Malah, Yuna juga menafikan Diandra adalah anak didiknya.


“Saya langsung tidak terlibat dengan pembikinan album Diandra. Semua
lagu yang ada dalam album Diandra adalah ciptaan dia sendiri. Lagu-lagu
itu sudah dirakamkan sebelum saya mengambil dia menjadi artis lagi.
Sebab utama saya ambil dia jadi artis adalah kerana dia punya bakat
istimewa dan sayang kalau bakat itu diberi peluang untuk pergi lebih
jauh.




Apabila saya lihat Diandra, saya seolah-olah melihat diri saya ketika
mula-mula hendak bergiat dalam bidang muzik. Ketika itu saya masih
tercari-cari dan tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk
memperkenalkan karya saya. Saya faham dengan situasi dia. Sayang kalau
bakat dia disia-siakan begitu sahaja. Harap peminat boleh menerima
muzik Diandra dengan baik,” ujar Yuna.



Album pertama Diandra menggunakan judul namanya sendiri dan ia
memuatkan enam lagu Inggeris dan sebuah lagu berbahasa Melayu berjudul
Angkasa. Pada Ahad ini (8 Januari), Diandra akan mengadakan satu
showsace bersempena dengan pelancaran albumnya itu. Showcase yang
dinamakan Angkasa’s Showcase itu akan diadakan di Actor Studio, Lot 10,
Bukit Bintang bermula jam 4.00 petang. Tiket-tiket berharga RM38 boleh
didapati di lokasi acara.









http://www.mummynemo.com/2012/01/pen...nak-didik-yuna





/
Back to top Go down
 
Penyanyi Baru , Diandra Arjunaidi Bukan Anak Didik Yuna
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» YESUS BUKAN ANAK TUNGGAL ALLAH
» Anak Lidya Kandou masuk islam
» Hukum Anak Angkat Islam dan Janji Allah
» obat campak bagi anak bayi
» ALKITAB DAN ALQURAN BERSELISIH TENTANG PATUNG ANAK LEMBU EMAS

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: