MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

  Shahz Jaszle kini menjadi Shahrizal

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




 Shahz Jaszle kini menjadi Shahrizal Empty
PostSubject: Shahz Jaszle kini menjadi Shahrizal    Shahz Jaszle kini menjadi Shahrizal EmptySat Jan 07, 2012 3:52 am

 Shahz Jaszle kini menjadi Shahrizal 7bmshahzja


Aktor lelaki yang tak pernah surut daripada kisah-kisah sensasi sekali
lagi mengukir kontroversi di awal tahun 2012 apabila bertindak menukar
namanya yang sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle kepada Shahrizal.

Pelakon signifikan dengan lakonannya dalam drama bersiri "Asmara" ini
berkata, keputusannya untuk nama itu dibuat selepas salah seorang ahli
keluarga meminta dia menggunakan nama tersebut kerana disifatkan lebih
sesuai dan serasi kepada dirinya.

Pengumuman pertukaran nama itu dibuat menerusi rancangan "Selamat Pagi Malaysia" yang disiarkan Ahad lalu.
"Keluarga saya berpendapat, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya akan
lebih kuat auranya dan saya akui kebenaran tersebut selepas menukar
nama," tutur jejaka berusia 25 tahun ini seperti petikan laman mStar.

Tambah Shahrizal lagi, kehidupannya kini lebih stabil dari segi
kewangan, kerjaya dan peribadi. Malah dia berharap dengan penggunaan
nama sebenarnya ini, dia dapat mengukuhkan lagi karier seninya pada
masa akan datang.

Ditanya mengenai respon peminat berhubung penukaran namanya pula, dia
bersyukur kerana para peminat memberikan respons positif dan masih
terus setia menyokongnya.
"Alhamdulillah, peminat memberi respon yang baik. Saya tidak menyesal
dengan keputusan ini meskipun telah menggunakan nama Shahz Jaszle
hampir lima tahun pembabitan dalam bidang seni hiburan tanah air,"
jelas Shahrizal yang kini sedang berada di Australia untuk penggambaran
drama "Atas Nama Cinta".

Sebelum ini, Shahrizal pernah mencetus kontroversi di awal
pembabitannya dalam bidang seni apabila meminta peminat memanggil nama
Shahz Jaszle dalam sebutan bahasa Inggeris dan bukannya 'Shah Jazli'
dalam sebutan bahasa Melayu.

Malah selepas itu, pelakon ini turut terjerumus dengan kontroversi
kisah cintanya dengan aktres seksi Maria Farida dan Neelofa selain
aksi-aksi keterlaluan dalam klip video Prema Yin, "Marilah" arahan
pelakon Gambit Saifullah.






[b]http://my.entertainment.yahoo.com/ne...090406122.html



[/b]
Back to top Go down
 
Shahz Jaszle kini menjadi Shahrizal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Helah lapuk tak menjadi
» Yuna Dilantik Menjadi Duta Kamera Canon!
» Selain Neelofa, Scha Al Yahya Turut Dilantik Menjadi Duta Avon
» Kamera Canon C300 Kini Mula Kelihatan Di Malaysia
» Android Market Kini Mempunyai Lebih Daripada 400,000 Aplikasi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: