MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Kisah kontroversi punca cinta musnah?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Kisah kontroversi punca cinta musnah?   Sat Jan 07, 2012 3:53 am



Selepas sekian lama berteka-teki mengenai status hubungan mereka,
akhirnya bekas juara "Akademi Fantasia" musim ketujuh (AF7), Hafiz atau
nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip akhirnya tanpa berselindung
mengakui hubungannya dengan naib juara AF8, Adira sudah berakhir.

"Hubungan kami yang dibina hampir setahun retak disebabkan beberapa isu
kontroversi yang membabitkan kami sebelum ini yang secara langsung
mengganggu karier masing-masing," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang
media Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) di Bentley Music Auditorium,
petang semalam.

Menafikan kehadiran pihak ketiga, Hafiz turut menyatakan keputusan
untuk berpisah diambil selepas masing-masing mahu lebih fokus kepada
karier yang baru beberapa tahun dibina dan mereka kini kekal berkawan
baik.

"Banyak kontroversi yang melanda kami, keadaan tersebut telah memberi
impak negatif kepada hubungan kami," jelas jejaka kelahiran bumi
Kenyalang ini lagi.
Hafiz turut berharap dengan pengakuan ini, maka tiada lagi kontroversi
yang membabitkannya dengan pelantun lagu hits, "Ku Ada Kamu" tersebut.

Sebelum ini, Hafiz menggemparkan dunia hiburan apabila dilaporkan
bertindak kasar ke atas seorang wanita dipercayai pengkid yang bekerja
sebagai pengurus pentas ketika rakaman sebuah program hiburan selepas
berang dan cemburu apabila mengetahui wanita tersebut cuba menjalinkan
hubungan sejenis dengan Adira.

Bercerita tentang persediaannya yang akan bertanding di dalam AJL26
menerusi lagu "Awan Nano" pada 29 Januari ini, Hafiz berkata, buat masa
ini dia sememangnya sibuk membuat persiapan untuk persembahanya pada
malam anugerah tersebut.

"Setakat ini, saya masih lagi sibuk membuat sedikit susunan muzik "Awan
Nano" agar ia kedengaran sedikit berbeza dengan lagu yang ada pada
album," ujar Hafiz.
Mengakui dirinya cukup berdebar memandangkan barisan penyanyi yang
turut bertanding pada malam anugerah tersebut seperti Yuna, 3 Suara
(Ning Baizura, Shila Amzah, Jacylyn Victor), Aizat dan Projek Pistol
dianggap sebagai saingan sengit, Hafiz walaubagaimanapun berharap
dirinya dapat memberikan persembahan terbaik pada malam anugerah
berprestij tersebut kelak.






[b]http://my.entertainment.yahoo.com/ne...064600799.html



[/b]
Back to top Go down
 
Kisah kontroversi punca cinta musnah?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» abu hanan &mr.ok : Kisah kontroversi cerita Ka'bah di Mekah
» Kisah mistis jenazah Uje sangat mirip kisah syahidnya jenasah Amrozi cs.
» Kisah Nabi Dalam Alkitab (Fitnah Atau Bukan??)
» HUKUM ZINA DAN PERKOSAAN DALAM ALKITAB
» Kisah Dr OZ dan Asal Mula Yahudi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: