Kegagalan Ronaldo menyumbat penalti selepas Real dan Bayern terikat 3 sama di akhir babak kedua menyaksikan Real tersingkir dan Bayern akan bermain di final di laman sendiri menentang Chelsea 19 Mei ini.
Kekalahan ini menjadikan rekod Mourinho tercalar krn sejak menerajui Real masih gagal menempah tiket ke final UCL.
Nampak gayanya Roberto Matteo akan kekal mengendali Chelsea sekiranya beliau berjaya merangkul kejuaraan UCL tahun ini, piala yg amat diidamkan pemilik Chelsea, Roman Abramovic....
Syabas utk Chelsea dan Bayern yg kedua-duanya dianggap underdog, tetapi berjaya mencipta upset paling luarbiasa dalam kempen UCL sepanjang zaman...