MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 [Isu Semasa]PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman

Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419774
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

[Isu Semasa]PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman Empty
PostSubject: [Isu Semasa]PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman   [Isu Semasa]PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman EmptySun Jun 19, 2011 10:16 pm

PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman

KUALA LIPIS 14 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman menegaskan, pihaknya telah menghantar notis amaran tetapi sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit.

''PTPTN sedia berunding mengenai pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

''Kita belum berhasrat untuk mengambil tindakan yang keras terhadap peminjam terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Waran Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN berjumlah RM270,000 kepada 180 pelajar dalam Parlimen Lipis yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat diploma di sini hari ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff dan Penghulu Mukim Penjom, Azhar Bakar.

Mohamad Shahrom yang juga Ahli Parlimen Lipis menasihati peminjam yang liat itu tampil berbincang dengan PTPTN mengenai pembayaran hutang tertunggak tersebut.

Sehingga 30 April lalu, jelas beliau, bayaran balik terkumpul yang diperoleh PTPTN ialah sebanyak RM1.7 bilion atau 47 peratus berbanding jumlah sepatutnya dikutip iaitu sebanyak RM3.6 bilion.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya mengeluarkan WPP bernilai RM71 juta kepada 47,366 pelajar baru yang akan mula mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara mulai minggu depan.

Jumlah itu, jelas beliau, merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan bernilai RM32.6 bilion yang disediakan untuk sesi pengajian semester ini.

Beliau berkata, setiap peminjam menerima wang pendahuluan bernilai RM1,500 dan boleh menukarkan waran berkenaan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai hari ini.

''Wang pendahuluan ini boleh membantu penuntut membuat persiapan membeli peralatan belajar, yuran pendaftaran dan keperluan lain ketika menjejak kaki ke IPTA nanti," katanya.

Menurut Mohamad Shahrom, kerajaan mempunyai mekanisme terbaik menerusi PTPTN untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 bagi membiayai pengajian di IPTA.

''Pihak tertentu tidak wajar menimbulkan pelbagai isu mengenai pinjaman PTPTN kerana kerajaan sentiasa terbuka untuk membaiki setiap kelemahan pengurusan agar membolehkan anak-anak kita melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

''Lagi pun kerajaan tidak memilih bulu dan fahaman politik untuk memberi pinjaman pengajian di IPTA asalkan pelajar memenuhi syarat berasaskan latar belakang ekonomi keluarga," katanya.

Beliau juga mengingatkan pelajar menghargai dan berterima kasih dengan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan untuk membantu mereka menyambung pengajian ke IPTA.

''Gunakanlah wang ini untuk menyediakan keperluan memasuki pengajian nanti. Jangan boros berbelanja seperti membeli telefon bimbit dan motosikal. Hargailah dengan ikhlas setiap pertolongan kerajaan dan PTPTN.

''Kita rasa bertuah kerana generasi masa kini berpeluang menerima bantuan kerajaan berbanding pada masa dahulu," katanya.

Utusan Malaysia - 15/06/2010
Back to top Go down
 
[Isu Semasa]PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pinjaman Bank Utk Membeli Kereta
» Buru gol awal elak rasa tertekan - Khairul Fahmi
» Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)
» [Isu Semasa] Masalah Sosial Remaja (Gangsterism, Dadah & Seks Bebas)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: