MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Info : RileksCrew vs DragonForce

Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419774
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

Info : RileksCrew vs DragonForce Empty
PostSubject: Info : RileksCrew vs DragonForce   Info : RileksCrew vs DragonForce EmptyWed Jun 22, 2011 11:16 am

Info : RileksCrew vs DragonForce 223292_160796807318106_160687837329003_381664_4559342_n


Info : RileksCrew vs DragonForce Dragonforce

Rilekscrew VS Dragon Force

Mungkin sekarang agak hangat tentang isu laman kerajaan ingin dihack / ddos sehinggakan menjadi tajuk akhbar dan peti televisyen.

Anonymous menjadi sebutan penggemar IT kerana menimbulkan kontroversi bahawa akan menyerang laman kerajaan Malaysia.gov.my secara DDOS bagi menyatakan ketidakpuasahatian terhadap isu SKMM mengarahkan ISPs Malaysia untuk menyekat 10 laman perkongsian .

Ada juga KH terbaca bahawa Anonymous dikaitkan dengan kumpulan RC ( Rilekscrew ) dan DF ( Dragon Force ) . Seperti yang dimaklumkan bahawa Anonymous ingin melancarkan " Operation Malaysia " dengan memberi tarikh / masa dan ruangan sembang mereka di IRC , namunpun begitu kini agak panas dengan isu DF yang menyerang beberapa laman Kerajaan Malaysia ( GOV.my ).

Kini KH dihubungi oleh ahli RC bahawa mereka sebenarnya tidak terlibat secara langsung berkaitan DF menyerang beberapa laman kerajaan walaupun di logo DF terdapat nama Rilekscrew.

Hamba Malam Rilekscrew menyatakan bahawa Dragon Force ( DF ) merupakan pecahan daripada Rilekscrew dan ini dibuktikan dengan corak serangan mereka yang lebih agresif berbanding Rilekscrew sebelum ini. Jika diperhatikan , DF lebih melakukan serangan pada laman utama ( homepage defacement ) dan disertakan dengan nota kepada pihak kerajaan tentang isu SKMM menyekat laman perkongsian , berbeza dengan RC yang lebih kepada soal keselamatan laman dan mereka hanya mengubah sedikit kod pada laman berkenaan bagi menyampaikan mesej.

KH menulis artikel ini bagi menerangkan sedikit sebanyak tentang DF yang dikaitkan dengan RC dan bagi memberi ruang kepada peminat dunia IT ( Hacking khususnya ) mengenal golongan ini. Jika ada sebarang tanda tanya berkaitan kumpulan ini , anda boleh menggunakan fungsi komem dibawah dan KH akan menghubungi mereka. Very Happy


Antara laman yang di serang ( hack ) Dragon Force boleh dilihat di :
- http://mydragonforce.wordpress.com/

Terbaru mereka menyerang laman POLITEKNIK.GOV.MY , tourmalaysia.com.my , http://ezi2care.jkm.gov.my/ dan http://jbiotech.gov.my/admin/
( http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm )


p/s : RC dan DF tidak terlibat dengan serangan laman http://www.nexcom.com.my/ dan http://www.axis.com.my . Terdapat pihak yang cuba memburukkan nama Rilekscrew kerana terdapat gambar yang memburukkan institusi Kerajaan Malaysia. Harap Maklum

Back to top Go down
 
Info : RileksCrew vs DragonForce
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: