MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 KRU Umum Bersara Buat Persembahan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster


Posts : 729
Mata Ganjaran : 417106
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

PostSubject: KRU Umum Bersara Buat Persembahan   Sun Jun 19, 2011 9:44 pm



Kumpulan adik beradik, KRU, iaitu Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry, membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi mengadakan pertunjukan pentas selepas 19 tahun terlibat dalam dunia seni.

Menurut abang sulungnya Norman, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan tibalah masanya untuk memberi peluang kepada artis-artis baru lain menonjol selain terpaksa memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

"Nak ikutkan memang dah lama kami berhenti daripada membuat persembahan, cuma ini adalah pengumuman secara rasmi daripada kami.

"Keputusan ini juga dibuat kerana kami ingin memberi ruang kepada penyanyi-penyanyi baru pula dan kami sebagai orang lama, akan membantu mereka untuk sama-sama memperjuangkan industri muzik tempatan," katanya.

Selain itu kata Edry pula, dengan kesibukan mengendalikan syarikat KRU Studios, mereka juga tidak mampu lagi mengadakan konsert-konsert jelajah seperti yang pernah dilakukan dahulu.

"Justeru itu jika dahulu kami perjuangkan untuk KRU dan keluarga, kini sudah tiba masanya kami berbakti memperjuangkan industri seni demi masyarakat pula berdasarkan pengalaman yang ada," ujar Edry.

Tambah Edry, walaupun tidak lagi mengadakan persembahan pentas, KRU tetap akan mengeluarkan single lagu terbaru pada masa akan datang.


_________________




AMARAN!!! Pastikan nickname/username tidak lucah serta signature tidak mempunyai unsur2 sex serta avatar juga tidak menggunakan gambar2 yang menjolok mata.
Back to top Go down
 
KRU Umum Bersara Buat Persembahan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Aturan Pengeras Suara Buat Masjid Bakal Disahkan?
» Siksan Buat Bangsa Durhaka
» Mengapa patung dan gambar itu HARAM?
» FATWA MUI: HARAMKAN RAMBUT GIMBAL-ALASANYA???. BAGAIMANA SEBENARNYA HUKUM MEMELIHARA RAMBUT BAGI PRIA???
» Demokrasi Yusuf al-Qardhawi ( buat yg anti demokrasi silahkan jawab )

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: