MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 KRU Umum Bersara Buat Persembahan

Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419774
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

KRU Umum Bersara Buat Persembahan Empty
PostSubject: KRU Umum Bersara Buat Persembahan   KRU Umum Bersara Buat Persembahan EmptySun Jun 19, 2011 9:44 pm

KRU Umum Bersara Buat Persembahan Kru

Kumpulan adik beradik, KRU, iaitu Norman Abdul Halim, Yusry dan Edry, membuat keputusan muktamad untuk tidak lagi mengadakan pertunjukan pentas selepas 19 tahun terlibat dalam dunia seni.

Menurut abang sulungnya Norman, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan tibalah masanya untuk memberi peluang kepada artis-artis baru lain menonjol selain terpaksa memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

"Nak ikutkan memang dah lama kami berhenti daripada membuat persembahan, cuma ini adalah pengumuman secara rasmi daripada kami.

"Keputusan ini juga dibuat kerana kami ingin memberi ruang kepada penyanyi-penyanyi baru pula dan kami sebagai orang lama, akan membantu mereka untuk sama-sama memperjuangkan industri muzik tempatan," katanya.

Selain itu kata Edry pula, dengan kesibukan mengendalikan syarikat KRU Studios, mereka juga tidak mampu lagi mengadakan konsert-konsert jelajah seperti yang pernah dilakukan dahulu.

"Justeru itu jika dahulu kami perjuangkan untuk KRU dan keluarga, kini sudah tiba masanya kami berbakti memperjuangkan industri seni demi masyarakat pula berdasarkan pengalaman yang ada," ujar Edry.

Tambah Edry, walaupun tidak lagi mengadakan persembahan pentas, KRU tetap akan mengeluarkan single lagu terbaru pada masa akan datang.

Back to top Go down
 
KRU Umum Bersara Buat Persembahan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pengajaran buat United
» Buat siasatan terperinci
» Namewee buat hal lagi
» Selamat ulangtahun buat members of SDT group
» SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA SDT

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Gossip Artis Malaysia-
Jump to: