MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

  Telur ayam tiruan di Pulau Pinang

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster


Posts : 729
Mata Ganjaran : 417107
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

PostSubject: Telur ayam tiruan di Pulau Pinang   Sun Jun 19, 2011 10:15 pm

20:26:23 PM
2011/04/06

GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. - BERNAMA

_________________




AMARAN!!! Pastikan nickname/username tidak lucah serta signature tidak mempunyai unsur2 sex serta avatar juga tidak menggunakan gambar2 yang menjolok mata.
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Telur ayam tiruan di Pulau Pinang   Wed Jun 22, 2011 5:58 am

Kalau boleh, elakkan saja makan barangan impot dari negara Cina sbb diaorang tu tak serik ngan tipu helah, sampai susu bayi pun ada racun melamine dia buat tak kisah. Kena la boikot, baru dia sedar.

Aku sendiri: tak berani nak makan sebarangan hasil keluaran negera itu, seram rasanya bila nampak cara dia persetankan kebajikan asasi insan.
Back to top Go down
 
Telur ayam tiruan di Pulau Pinang
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» makan ayam sembelihan orang kafir
» Kristen Paulus dan Ahmadiyah Qadian MGA..bagaikan Pinang dibelah Kampak..
» Perburuan Telur Paskah Diwarnai Aksi Perkelahian Ibu-Ibu
» Menurut muslim kenapa BANYAK orang mengaku bertemu Yesus ???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: