MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Barca tak layan kerenah Arsenal

Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419796
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

Barca tak layan kerenah Arsenal Empty
PostSubject: Barca tak layan kerenah Arsenal   Barca tak layan kerenah Arsenal EmptyWed Jun 22, 2011 4:15 am

MADRID - Barcelona dilaporkan enggan membayar 40 juta euro (RM173 juta) untuk kapten Arsenal, Cesc Fabregas meskipun pemain itu bersungguh-sungguh mahu berpindah.

"Saya tidak tahu adakah kami akan menandatangani Fabregas ataupun tidak. Saya yakin, dia bersungguh-sungguh mahu berpindah ke Barca," kata Presiden Barcelona, Sandro Rosell kelmarin.

"Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola sedar setiap pemain mempunyai nilai dan harga Fabregas kurang daripada 40 juta euro (RM173 juta). Kami akan membuat tawaran kurang daripada jumlah itu dan sekiranya Arsenal tidak mahu terima, dia tidak akan berpindah.

"Tahun ini, kami tidak akan membuat tawaran yang sama seperti tahun lalu kerana sudah setahun berlalu dan nilai Fabregas hari ini tidak lebih daripada itu."

Bulan lalu, pengurus skuad The Gunners, Arsene Wenger menegaskan dia berazam untuk bersaing hebat dengan Barcelona pada musim panas kedua bagi mempertahankan Fabregas di Emirates.

Bagaimanapun, laporan media Sepanyol mendedahkan baru-baru ini bahawa Wenger mengambil keputusan untuk menghalang perpindahan itu.

Arsenal menolak tawaran yang dikemukakan kelab gergasi Sepanyol itu tahun lalu untuk mendapatkan seorang pemain yang lahir dari akademi Barcelona sebelum menyertai The Gunners di usia 16 tahun pada 2003.

"Saya adalah seorang peminat Barcelona. Saya adalah seorang ahli kelab ini sama seperti datuk, bapa saudara dan sepupu saya," kata Fabregas tahun lalu.

"Saya sukakan jersi pasukan itu sejak saya masih kecil. Saya lahir dari akademi skuad The Catalan. Begitupun, saya adalah kapten Arsenal dan di sini saya menjadi seorang pemain serta lelaki yang matang."

- AFP
Back to top Go down
 
Barca tak layan kerenah Arsenal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sentuhan Torres Musnahkan Barca
» Malaysia vs Arsenal Friendly 13.07.2011 Full Match (2011) SDTV MKV Mediafire

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: