MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 'Peluang di tangan kita'

Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419796
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

'Peluang di tangan kita' Empty
PostSubject: 'Peluang di tangan kita'   'Peluang di tangan kita' EmptyWed Jun 22, 2011 4:14 am

'Peluang di tangan kita' Su_01.1
TEKUN... Kim Swee (tengah) memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Padang Astroturf Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil malam tadi.

“PELUANG kini di tangan kita sendiri. Keputusan seri di Beirut tidak akan bermakna jika kita tewas di laman sendiri dan gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga.”

Demikian pesan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee kepada anak-anak buahnya menjelang aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Skuad Olimpik negara telah mempamerkan prestasi yang boleh diberi pujian ketika mengikat Lebanon 0-0 pada aksi pertama di Beirut, Ahad lalu dan mereka selamat tiba di tanah air pagi semalam.

Menurut Kim Swee, tidak banyak perubahan atau latihan dapat dibuat dalam tempoh dua hari melainkan bagi memastikan kesemua pemain kembali cergas selepas mengharungi perjalanan jauh.

“Pemain jelas keletihan selepas mengharungi perjalanan selama 20 jam termasuk transit. Selain itu, perubahan waktu selama lima jam juga boleh memain peranan kepada kedua-dua pasukan.

“Untuk aksi kedua ini, kita tak boleh biarkan Lebanon mendapat gol awal kerana ia penting bagi format kelebihan gol di tempat lawan jika perlawanan berakhir dengan seri.

“Jadi kita kena kuasai bahagian tengah untuk mencatat kemenangan. Cuma pemain jangan terlalu ghairah dan gopoh. Pamerkan aksi berdisiplin,” kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Anak-anak buah Kim Swee turun menjalani latihan ringan di Padang Astroturf Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil malam tadi dan akan mengadakan sesi latihan terakhir di Stadium Nasional hari ini.

Tambah Kim Swee, dia akan mengekalkan kesemua 21 pemain yang dibawa ke Lebanon sambil memantau kecederaan dialami dua pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Fandi Othman.

“Wan Zack cedera di bahagian dada manakala Fandi cedera di betis, tetapi saya jangka kecederaan mereka ini tidak serius,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kim Swee berharap penyokong tempatan dapat hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional bagi menambahkan lagi semangat anak-anak buahnya.

“Di Beirut kami mendapat sokongan lebih 100 anggota Malbatt dan Malcon. Jadi harap ramai penyokong hadir memberi semangat di Stadium Nasional nanti,” ujar Kim Swee.
Back to top Go down
 
'Peluang di tangan kita'
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
»  Lari tangan terbakar
» Peluang peminat jumpa Neville

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: