Abang Nara tak pernah jumpa Fazura tetapi selepas membaca kata-kata pujian daripada
ApisHilton ini terasa nak pergi berjumpa untuk mengesahkan kata-kata pujian dia ini.
Seriously sebagai peminat Fazura, saya ingin
memuji sikap Fazura yang sangat peramah dgn peminat yang hadir pada hari
tu. Walaupun penat datang dari KL belum hilang dan seterusya ke Johor
Bahru untuk majlis pelancaran di sana pula, Fazura kelihatan sangat
bertenaga dan tidak jemu jemu melayan peminat yang hadir memberi
sokongan. Sikap Fazura yang sangat profesional ini harus dicontohi oleh
artis-artis lain di malaysia. Jarang nak jumpa artis macam Fazura yang
berbakat dalam lakonan. Fazura juga sering membalas tweet-tweet peminat
yg dihantar kepada beliau. Serius Fazura sangat comel hari tu dengan
memakai baju merah dan skirt panjang berwarna hitam.
Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman pahit dan manis ketika berjumpa
artis, apa kata kongsikan dengan Abang Nara di ruangan komen. Mana tahu
ada kisah-kisah yang menarik untuk dibaca bersama. Lagi gambar Fazura
dengan membaca entri ini sepenuhnya.