Selepas melepaskan data pengguna
GengBlogger dan juga
Streamyx serta beberapa yang lain sebelum ini, kini
GaySec kelihatan menutup sementara laman mereka diatas kehendak mereka sendiri, dan akan kembali tidak lama lagi.
Namun begitu,
GaySec tidak
memberikan sebarang info berkenaan dengan bilakah mereka akan kembali
beroperasi semula. Sebelum ini, GaySec telah memperlihatkan beberapa
masalah sekuriti pada laman-laman terkemuka, yang mana tidak diambil
serius oleh pelbagai pihak.
Salah satu data terbesar yang telah dilepaskan mereka adalah data
berkenaan dengan akaun Streamyx yang berjumlah lebih daripada 2 juta
akaun. Namun begitu, mereka masih mengambil berat isu keselamatan dengan
memadam pelbagai data peribadi sebelum melepaskannya kepada umum. TM
turut sama telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara
tersebut.