MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 PIALA MALAYSIA 2011

Go down 
+3
Jeng La
z3ronim
azam
7 posters
AuthorMessage
azam
SDT Otai
SDT Otai
azam


Posts : 140
Mata Ganjaran : 5378
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 43
Location : subang jaya

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 6:40 am

PIALA MALAYSIA 2011


KUMPULAN A : KEDAH - PERAK - SABAH - JOHOR
KUMPULAN B : TERENGGANU - NEGERI SEMBILAN - PKNS - SIME DARBY
KUMPULAN C : KELANTAN - JOHOR FC - FELDA UNITED - SARAWAK
KUMPULAN D : SELANGOR - T-TEAM - KUALA LUMPUR - PDRM



...JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2011
Pusingan 1 PM : 6 , 10 & 13 September
Pusingan 2 PM : 17 , 24 & 27 September



Jadual Suku Akhir PM : 4 & 8 Oktober



Jadual Separuh Akhir PM : 14 & 22 Oktober



FINAL PM 2011 : 29 Oktober 2011 ~MH~
Back to top Go down
z3ronim
SDT The Legend
SDT The Legend
z3ronim


Posts : 225
Mata Ganjaran : 4903
Reputasi : 4
Join date : 2011-07-01
Age : 38

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 6:43 am

Kelantan ade harapan laluan mudah sampai semi final...huhu

gomo kelate gomo~
Back to top Go down
azam
SDT Otai
SDT Otai
azam


Posts : 140
Mata Ganjaran : 5378
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 43
Location : subang jaya

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 6:46 am

z3ronim wrote:
Kelantan ade harapan laluan mudah sampai semi final...huhu

gomo kelate gomo~

jumpe selangor ea kt final hehe..
Back to top Go down
Jeng La
SDT The Legend
SDT The Legend
Jeng La


Posts : 795
Mata Ganjaran : 155814
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-07

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 7:58 am

kalau mudah... bola itu bulat.. hahahaha
Back to top Go down
http://www.mysdt.tk
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 8:50 am

Giant killer pasti ada..hahaha
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Piala Malaysia: Kumpulan A   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:10 am


  • KEDAH

PERJUANGAN pasukan Hijau Kuning untuk mara ke final terkandas
setakat separuh akhir pada saingan Piala Malaysia selepas dikecewakan
Kelantan, musim lalu.

Kedudukan dalam liga agak memberangsangkan kerana menghuni tangga keempat terbaik musim 2011.

Kini, peluang Kedah mengulangi kejayaan menggondol dua kali
berturut-turut dilihat cerah selepas beberapa pemain utama yang
mengalami kecederaan sebelum ini pulih.


  • PERAK

CABARAN Seladang sekadar berakhir pada peringkat kumpulan kerana Johor FC dan Kedah mengisi slot ke suku akhir musim lalu.

Prestasi Yob juga terumbang-ambing apabila menamatkan kedudukan
keenam Liga Super dan berkemungkinan terpaksa beraksi tanpa lima pemain
utama gara-gara penggantungan oleh FAM.

Kali terakhir Perak menjuarai Piala Malaysia ialah pada tahun 2000 selepas menewaskan Negeri Sembilan.


  • SABAH

PADA kempen Piala Malaysia tahun lalu, pasukan Sabah menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Sang Badak sekadar mencatat dua kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.

Di saingan Liga Super musim ini, anak buah Justin Ganai menghuni
tangga ke-10 liga dengan merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan 12
kekalahan.

Sabah tidak pernah menjulang Piala Malaysia sebelum ini.


  • JOHOR

WALAUPUN tidak menyertai saingan Piala Malaysia musim lalu, pasukan
dari selatan tanah air iaitu Johor bakal memeriahkan saingan tahun ini.

Bagaimanapun, suatu ketika dahulu skuad Jengking pernah menjulang
trofi Piala Malaysia iaitu pada 1985 dan 1991 apabila menewaskan Kuala
Lumpur 2-0 dan juara sebanyak 32 kali, Selangor 3-1.

Pada saingan Liga Perdana pasukan yang pernah menjulang kejuaraan
liga pada 1999 ini berjaya menduduki tempat keempat dengan mencatat 11
kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan daripada 22 perlawanan.
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Piala Malaysia: Kumpulan B   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:12 am


  • TERENGGANU

SKUAD Penyu, mula bergelar juara pada tahun 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam edisi ke-25 Piala Malaysia.

Berdasarkan kejayaan Terengganu dalam Piala FA dan juga naib juara
Liga Super, pasukan di bawah kelolaan Irfan Bakti menyasarkan untuk
membawa pulang Piala Malaysia tahun ini.

Tahun lalu, Terengganu tersekat di suku akhir selepas tewas kepada Kedah.


  • NEGERI SEMBILAN

SKUAD Jang terlepas gelaran trofi kejuaraan Piala Malaysia ketiga
apabila kebangkitan dramatik Kelantan pada babak kedua menyebabkan
mereka berpuas hati muncul naib juara musim lalu.

Malah, pencapaian menghuni tangga kelapan saingan liga domestik juga
bukanlah sesuatu boleh dibanggakan anak didik Azraai Khor Abdullah.

Dibarisi pemain berpengalaman dan adunan pemain muda bakal
mencetuskan fenomena baru kerana saingan Piala Malaysia bermula
September depan berbeza dengan Liga Super yang tamat Julai lalu.


  • PKNS FC

PIALA Malaysia 2010 menyaksikan pasukan PKNS sekadar berada di
tangga ketiga Kumpulan A bersama dengan Negeri Sembilan dan Kelantan
yang berjaya ke pusingan seterusnya.

Skuad Semut Api yang sebelum ini menjulang trofi Piala FAM pada 1979
dan 2003 itu kini berjaya menjadi juara Liga Perdana dengan hanya
mencatat satu sahaja kekalahan sepanjang 22 perlawanan.

PKNS dilihat bakal menjadi antara pasukan yang menonjol dalam kempen Piala Malaysia, kali ini.


  • SIME DARBY

SIME Darby layak beraksi buat kali pertama di Piala Malaysia selepas
berjaya menyingkirkan Pahang (Agregat 6-0) di pusingan playoff.

Dalam kempen Liga Perdana, Sime Darby menamatkan saingan di tangga kelima.

Sime Darby merupakan juara Liga FAM sebelum beraksi di Liga Perdana musim lalu.
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Piala Malaysia: Kumpulan C   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:13 am


  • KELANTAN

“THE Red Warriors” berjaya menamatkan kemarau selama 55 tahun
apabila buat julung kali bergelar juara Piala Malaysia setelah
menewaskan Negeri Sembilan 2–1, tahun lalu.

Malah kemenangan itu membalas kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia 2009.

Kini, Kelantan dikatakan sedang berusaha mendapatkan khidmat
penyerang Pahang bagi memperkemaskan pasukannya menjelang saingan Piala
Malaysia musim ini tanpa kehadiran sementara Khairul Fahmi Che Mat dan
Mohd Izuan Solahuddin yang mengikuti latihan bersama skuad Olimpik 2012
di Slovakia.


  • JOHOR FC

PRESTASI Johor FC dalam aksi Piala Malaysia 2010 agak baik apabila
melangkah ke separuh akhir namun harapan ke pentas akhir musnah apabila
ditewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 2-1.

Saingan kali ini mungkin sukar buat pasukan dari selatan tanah air
itu memandangkan banyak skuad yang boleh dikatakan kebal seperti
Kelantan, Terengganu dan Selangor.


  • FELDA UNITED

TURUN selaku pasukan berstatus kelab, Felda United melangkah ke
medan pertempuran buat kali kedua dan pastinya kehadiran mereka harus
diberi perhatian oleh pasukan lain.

Julung kali menyertai Piala Malaysia tahun lalu, Felda tidak bernasib baik dan hanya sempat beraksi di peringkat kumpulan.

Di saingan Liga Super musim ini, anak buah E Elavarasan menghuni
tangga ke-10 liga dengan merekodkan tujuh kemenangan, tujuh seri dan 12
kekalahan.


  • SARAWAK

BUJANG Senang kembali memeriahkan saingan Piala Malaysia musim ini.

Skuad kendalian Robert Alberts itu dilihat mampu melakar kejutan berdasarkan prestasi ditunjukkan dalam kempen Liga Perdana.

Bekas naib juara Piala Malaysia edisi 2000 itu menamatkan kempen
Liga Perdana di tangga kedua dengan mencatatkan rekod 15 kemenangan
dalam 22 perlawanan.

Tahun lalu, Bujang Senang tidak beraksi di Piala Malaysia.
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Piala Malaysia: Kumpulan D   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:14 am


  • SELANGOR

TAHUN lalu, Selangor turun selaku pasukan pilihan namun terkandas di suku akhir apabila tumbang di tangan sang juara, Kelantan.

Sebagai pasukan paling berjaya dalam Piala Malaysia, sudah pasti
Selangor yang menghuni tangga ketiga Liga Super tahun ini, tidak akan
berdiam diri untuk merampas kembali takhta ‘Raja’ dari genggaman The
Red Warriors.


  • T-TEAM

PERSATUAN Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu T-Team atau T-Team yang
diasaskan pada 2007, merupakan juara bagi saingan Piala FAM musim
2007/08 mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Walaupun masih belum pernah menjuarai Piala Malaysia, namun pasukan
yang ditubuhkan melalui Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu
ini tidak gentar diundi berada dalam satu kumpulan bersama pasukan
berstatus gergasi seperti Selangor pada kempen Piala Malaysia.

Seperti pasukan-pasukan lain, T-Team turut menyasarkan untuk membawa
pulang Piala Malaysia tahun ini walaupun penjaga gol utama, Shamsuri
Mustafa terpaksa berehat lama akibat pembedahan lutut.


  • KUALA LUMPUR

PADA aksi Piala Malaysia tahun lalu, Kuala Lumpur agak malang apabila tewas semua perlawanan pusingan pertama dan kedua.

Dalam saingan Liga Super pula, KL beraksi hambar namun skuad
kendalian Razip Ismail agak baik kerana tidak terjerumus ke Liga
Perdana musim depan apabila sekadar mencatat enam kemenangan, lapan
seri dan 12 kekalahan untuk menghuni tangga ke-12 liga.

Pentas Piala Malaysia adalah medan terbaik buat anak buah Razip Ismail untuk menebus kekecewaan.


  • PDRM

PDRM layak beraksi di Piala Malaysia musim ini selepas menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ketiga.

Rekod baik PDRM (12 menang, 3 seri dan 7 kalah) dalam saingan liga
menjadi bekalan moral pasukan itu untuk melakukan kejutan dalam kempen
kali ini.
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:18 am

sedikit preview utk dikongsikan...kredit kpd sokernet.com
Back to top Go down
Guest
Guest




PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:50 am

aduh..mcm takde harapan aje pasukan negeri tanah lahirku nak julang piala malaysia buat kali pertama dalam sejarah ni.. No
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySat Aug 06, 2011 10:56 am

wcb766 wrote:
aduh..mcm takde harapan aje pasukan negeri tanah lahirku nak julang piala malaysia buat kali pertama dalam sejarah ni.. No


haha..bro duk sabah/sarawak?
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySun Aug 07, 2011 5:00 pm

Match day 1: 6hb September 2011

Johor vs Kedah

Sabah vs Perak

Sime Darby vs Terengganu

PKNS vs N.Sembilan

Sarawak vs Kelantan

Felda vs Johor FC

PDRM vs Selangor

K.Lumpur vs T-Team
Back to top Go down
The Dark Knight
SDT The Legend
SDT The Legend
The Dark Knight


Posts : 775
Mata Ganjaran : 55654
Reputasi : 12
Join date : 2011-05-22
Age : 40
Location : Celah Boobs

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptySun Aug 07, 2011 11:58 pm

Kejor Yob Kejor....Smile Jangan Mare Eden Support Seladang...heheheheheh....Smile
Back to top Go down
kReNmAuT
SDT The Legend
SDT The Legend
kReNmAuT


Posts : 438
Mata Ganjaran : 5093
Reputasi : 0
Join date : 2011-07-06
Location : uNdEr tHe bLeSsiNg mOoN oF.....??

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyMon Aug 08, 2011 3:09 am

hahaha.... nampak dh sape pnya piala.... hahahaha...
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Jadual lengkap 6hb September   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyTue Aug 09, 2011 8:11 pm

PIALA MALAYSIA 2011 6281017
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Match day 2 - 10hb September 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyTue Aug 09, 2011 8:17 pm

PIALA MALAYSIA 2011 6281054
Back to top Go down
zack_KL
SDT Senior
SDT Senior
zack_KL


Posts : 98
Mata Ganjaran : 4772
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-14
Location : Sg Besi

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyThu Aug 11, 2011 8:31 pm

Berikut Adalah Senarai Pemindahan Pemain Bagi Saingan Piala Malaysia 2011

Terengganu} Mohd Faisal Muhammad (Harimau Muda A)

T-Team}
Mohd Jibrail Kamaron Baharin (Pos Malaysia FC), Mohd Fitri Omar (MP
Muar FC), Mohd Faiz Subri (Perlis FA), Kamarul Bahrin Abdullah
(Presiden T-Team)
...
Kelantan} Azamuddin Mohd Akil, R. Surendran (Pahang FA)

Kedah} Azmizi Azmi (Perlis FA), Bashahrul Abu Bakar (Harimau Muda A)

Selangor} G.Jeevanathan (USM FC), Muhamad Nazri Ahmad, Haziq Zikri Elias (Harimau Muda B)

Perak} Mohd Hafiszuan Salehuddin (Perlis FA), Mohd Failee Mohamad Ghazli (USM FC), Muhammad Rafiuddin Roddin (Harimau Muda A)

Johor FA} Mohd Redzuan Bin Nawi (USM FC), Ashadi Bin Mohd Yuso (ATM), Mohd Noraslan Bin Makhta (Pulau Pinang FA)

Sarawak} Chung Keng Hong, Jaganathan Victor Arputharajoo (ATM)

Felda United} K. Ravindran, S. Sivanesan (Harimau Muda A), D. Saarvindran (Harimau Muda B) (Hampir Pasti)

Negeri Sembilan} Munir Amran (Pahang FA)
Back to top Go down
kReNmAuT
SDT The Legend
SDT The Legend
kReNmAuT


Posts : 438
Mata Ganjaran : 5093
Reputasi : 0
Join date : 2011-07-06
Location : uNdEr tHe bLeSsiNg mOoN oF.....??

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyThu Aug 11, 2011 11:14 pm

ada gk stricker yg bleh backup mat yo utk kelate... ni harap mat yo sorg2.... terjelir mamat 2....
Back to top Go down
azam
SDT Otai
SDT Otai
azam


Posts : 140
Mata Ganjaran : 5378
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 43
Location : subang jaya

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyTue Sep 06, 2011 6:47 am

PIALA MALAYSIA 2011 - 6 SEPTEMBER 2011 - 8.45 mlm

KUMP A
-> SABAH vs PERAK (8.15 mlm)
-> JOHOR vs KEDAH
...
KUMP B
-> PKNS vs N.SEMBILAN (Live di RTM1)
-> SIME DARBY vs TERENGGANU (Siaran tertunda 10.30 mlm di astro arena )

KUMP C
-> SARAWAK vs KELANTAN (8.15 mlm)
-> JOHOR FC vs FELDA UNITED

KUMP D
-> T-TEAM vs SELANGOR (Live di Astro Arena Saluran 801)
-> PDRM vs KUALA LUMPUR

* Meh sokong Selangor hehe..
Back to top Go down
azam
SDT Otai
SDT Otai
azam


Posts : 140
Mata Ganjaran : 5378
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 43
Location : subang jaya

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyFri Sep 09, 2011 5:48 am

PIALA MALAYSIA 2011 - 10 SEPT 2011 - GAME KE-2 - 8.45 mlm

KUMP A
-> KEDAH vs SABAH (8.45 mlm)
-> PERAK vs JOHOR ( Live di Astro Arena Saluran 801 )
...
KUMP B
-> NEGERI SEMBILAN vs SIME DARBY
-> TERENGGANU vs PKNS

KUMP C
-> FELDA UNITED vs SARAWAK ( Siaran Tertunda 10.30 mlm di astro arena )
-> KELANTAN vs JOHOR FC ( Live di RTM1 )

KUMP D
-> KUALA LUMPUR vs T-TEAM
-> SELANGOR vs PDRM


*Lg sekali meh sokong selangor hehe
Back to top Go down
ubijaga
SDT Newbies
SDT Newbies



Posts : 15
Mata Ganjaran : 5229
Reputasi : 1
Join date : 2011-05-16
Age : 40

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyFri Sep 09, 2011 10:22 am

aku mmg dr dulu sokong selangor ni...

tp selagi devan tu ada kt selangor aku x confident btol selangor ni akn jd gagah perkasa mcm dulu...
Back to top Go down
azam
SDT Otai
SDT Otai
azam


Posts : 140
Mata Ganjaran : 5378
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 43
Location : subang jaya

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyFri Sep 09, 2011 10:58 am

ubijaga wrote:
aku mmg dr dulu sokong selangor ni...

tp selagi devan tu ada kt selangor aku x confident btol selangor ni akn jd gagah perkasa mcm dulu...

btol..tactical ntah ape..game hambar..
Back to top Go down
ubijaga
SDT Newbies
SDT Newbies



Posts : 15
Mata Ganjaran : 5229
Reputasi : 1
Join date : 2011-05-16
Age : 40

PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 EmptyWed Sep 21, 2011 4:43 am

akhirnya temakbul doa aku...no more devan gemuk as coach...

go selangor go...
Back to top Go down
Sponsored content





PIALA MALAYSIA 2011 Empty
PostSubject: Re: PIALA MALAYSIA 2011   PIALA MALAYSIA 2011 Empty

Back to top Go down
 
PIALA MALAYSIA 2011
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kelayakan Piala Dunia: Malaysia vs Taiwan
» Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia vs Singapura
» Malaysia vs Myanmar
» Malaysia vs Liverpool Friendly 16 Julai 2011 Full Match (2011) SDTV MKV Mediafire
» Final Piala FA 2011

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: