Salam 1Ramadhan dan 1Malaysia,
YBhg. Dato’/Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dalam proses pengambilan dua (2) orang
Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang disandarkan pada Gred 17.
Syarat dan terma lantikan PSH ini adalah sepertimana dalam Pekeliling
Perkhdmatan Bil. 3 Tahun 2011.
Untuk urusan pengambilan ini, calon-calon yang diperlukan adalah seperti berikut:
1)
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (JURUTEKNIK, J17) i)
Bayarah Upah : RM 54.00 (sehari)
ii)
Tempoh kontrak : Tiga bulan
iii)
Syarat-Syarat Pelantikan:· Diploma/
Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik / Mekanikal yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf
dengannya.
iv)
Deskripsi Tugas: · Membantu mengendalikan kerja-kerja pemasangan elektrik.
· Menyelenggara dan membuat pembaikan kecil peralatan mesin.
2)
PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)) N17
i)
Bayaran Upah: RM 54.00 (sehari)
ii)
Tempoh Kontrak : Tiga bulan
iii)
Syarat-syarat Pelantikan:· Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan .
iv)
Deskripsi Tugas: · Menjalankan
tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian
yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen,
pengiraan, penyediaan
laporan bulanan.
Sehubungan
itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan resume berserta
salinan sijil akademik yang berkaitan kepada Puan Nor Azlina binti
Othman, BPSM/emel ke
azlinaothman@kpwkm.gov.my /dikemukakan kepada:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 6, Wisma Sime Darby
Jalan Raja laut
50350 KUALA LUMPUR.
Tarikh tutup permohonan adalah pada
2 September 2011 (Jumaat). Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
RASYIQAH BINTI MUSTAFAR @ MOKHTARUnit Pengurusan PerkhidmatanBahagian Pengurusan Sumber ManusiaKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat No. Tel : 03-26143120No. Fax : 03-26986078