Pernah dengar kisah Junko Furota? Mangsa paling kejam yg diculik dan disiksa sehingga mati.
Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh dengan
cara yang paling sadis.
Junko Furota, merupakan seorang gadis kelahiran daerah Misato,Saitama dari Jepun. Pada umur
16 tahun mangsa telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawa dan kemudian mengurung
Junko di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik tu. Rumah tersebut terletak
di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita
kepada salah seorang daripada mereka.
Nak tutup perbuatan diorang, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko
menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa junko lari dari rumah dan sedang berada
dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’.
Semasa junko kena kurung, pernah beberapa kali dia cuba melarikan diri, tetapi tak berjaya dan
diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Junko banyak kali merayu kepada ibubapa
Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu diri dia, tetapi mereka
takut diapa-apakan penculik tu. salah seorang daripada penculik merupakan pemimpin rendah
yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba
masuk campur.
Berikut adalah jenis2 siksaan terhadap Junko:
HARI PERTAMA:
Mangsa diculik
dirogol lebih dr 400 kali (yg ni tk pasti dlm sehari atau spanjang penahanan)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing
HARI KE-11:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan
dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan
HARI KE-20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur
mengakibatkan pendarahan
HARI KE-30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut
HARI KE-40:
Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.
HARI KE-44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah
bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan
hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan
terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia
dalam kesakitan.
Yang lagi terkilan, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat
dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau
bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.
Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas
‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga
Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu
air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Mereka hanya dikenakan hukuman
maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah
tersebut.
Apa yang boleh kita lihat dari situasi ni di mana masyarakat tak prihatin dengan keadaan sekeliling.
walaupun ada ramai yang mengetahui keadaan junko pada masa itu tapi sorang pun tk brani bersuara
sebab takut diancam.dan terfikir sejenak macamana tindakan manusia boleh sampai ke tahap yang
tidak boleh kita sendiri bayangkan, manusia sekarang ni mcam2 beb. pemikiran dah menjangkau
ketidaknormalan. jadi kalau anda keluar malam ke berhati-hatilah dengan orang yg mencurigakan.
jangan keluar sorang-sorang kalau perempuan dan pastikan kita dalam keadaan bersedia dengan apa
sekalipun.kalau ada pepperspray tu belilah letak kat tempat yang senang nak capai. Manusia gila dan
kejam ada di mana-mana.