MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…

Go down 
+4
nottypirates
zaraguss
shaguar50
strawhatcrew
8 posters
AuthorMessage
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5791
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyFri Oct 07, 2011 10:24 am

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… 60016_1463830320644_1380080408_31260575_3602330_n

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk
melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan
seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur
dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui
di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang
juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi
wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah:
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu
menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais,
menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi
itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke
3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi
kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau
lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak
sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2
dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap
batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah
dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg
boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah
kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg
diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika
rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib
seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya
dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang
pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada
rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap
ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang
salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh
JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud
menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian
mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah
diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2
seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan
perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar
air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan
sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama
ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri
yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak
mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu
adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat,
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada
manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
shaguar50
SDT The Legend
SDT The Legend
shaguar50


Posts : 393
Mata Ganjaran : 105820
Reputasi : 4
Join date : 2011-05-11
Location : USJ

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyFri Oct 07, 2011 10:35 am

bagus info ni, kekadang kita sendiri lupa/tak tau cara mandi wajib yang betul2 sah

thanks for sharing
Back to top Go down
zaraguss
SDT Otai
SDT Otai
zaraguss


Posts : 180
Mata Ganjaran : 4994
Reputasi : 4
Join date : 2011-09-18
Location : Sadao Border

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptySat Oct 08, 2011 1:57 pm

verry2 usefull... thnks to strawhatcrew.
Back to top Go down
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend
nottypirates


Posts : 876
Mata Ganjaran : 6428
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptySat Oct 08, 2011 5:15 pm

Amalkan ye kengkawan...
niat..ratakan ke sluruh badan..ratakan tu yg penting...huhuhu
Back to top Go down
reza_sangap
SDT The Legend
SDT The Legend
reza_sangap


Posts : 258
Mata Ganjaran : 5668
Reputasi : 1
Join date : 2011-06-20
Location : KL

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptySat Oct 08, 2011 8:45 pm

bagus ni. Kat forum sammyboy mesti takde thread mcm ni kan.
Back to top Go down
Guest
Guest




Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 5:51 am

penting ni...kalau dh keje belendir mandi wajib x reti sakit laa....
Back to top Go down
tagteen
SDT Otai
SDT Otai
tagteen


Posts : 118
Mata Ganjaran : 4915
Reputasi : 2
Join date : 2011-10-03
Age : 38
Location : enstek

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 5:54 am

ada terbaca gak pasal mandi wajib ni
yang sunat dalam mandi wajib pun ada

1. berwudhu dahulu if x silap
2. niat semasa wudhu dan niat pabila air menyentuh mana2 anggota badan

yang penting buat terus bila dah berhadas besar
Back to top Go down
Guest
Guest




Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 7:51 am

Kalau bleh potong ler dulu kuku yang panjang, bagi air tu senang kena. Celah kuku kaki paling susah nak kena air, lagi lagi yang bercekam tu pun kena korek bagi air masuk Smile
Lelalang yang tumbuh subur pun lebih afdal kalau tebas tebas skit, tapi yang ni takpe, janji air dapat diratakan dengan sempurna.
Back to top Go down
otokjem
SDT The Legend
SDT The Legend
otokjem


Posts : 2231
Mata Ganjaran : 268494
Reputasi : 26
Join date : 2011-04-30
Location : sri gombak

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 7:56 am

paling senang.. lepas berjimak.. trus penuhkan air lam tab.. then niat... masuk rendam trus satu badan n gosok2.. Smile
Back to top Go down
tagteen
SDT Otai
SDT Otai
tagteen


Posts : 118
Mata Ganjaran : 4915
Reputasi : 2
Join date : 2011-10-03
Age : 38
Location : enstek

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 12:07 pm

otokjem wrote:
paling senang.. lepas berjimak.. trus penuhkan air lam tab.. then niat... masuk rendam trus satu badan n gosok2.. Smile

boleh ke camtu
tak pernah lak dengar orang buat camtu
rasa cam xboleh je sebab bukan air mengalir
kena air mengalir kan
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5791
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 4:32 pm

mana leh camtu.. tu berendam nama nya.. adei.. thx tagteen kongsi info.. sapa ada lagi info bole le tmbh2
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend
nottypirates


Posts : 876
Mata Ganjaran : 6428
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 4:43 pm

dalam tab..kecik..kalo swimming pool..???sungai ke..
da lebih 3 kolah... confused
Back to top Go down
strawhatcrew
SDT The Legend
SDT The Legend
strawhatcrew


Posts : 897
Mata Ganjaran : 5791
Reputasi : 6
Join date : 2011-07-19
Location : in your room

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 5:00 pm

ntah.. x pasti.. kena tanya yg lebih pakar la..
Back to top Go down
http://www.justusboys.com/forum/
otokjem
SDT The Legend
SDT The Legend
otokjem


Posts : 2231
Mata Ganjaran : 268494
Reputasi : 26
Join date : 2011-04-30
Location : sri gombak

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptyMon Oct 10, 2011 5:02 pm

nape lak takleh.. tab kan besar.. so air kena skali gus.. kekekeke
Back to top Go down
toyol
SDT Junior
SDT Junior
toyol


Posts : 64
Mata Ganjaran : 4808
Reputasi : 1
Join date : 2011-11-17

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… EmptySun Dec 18, 2011 7:32 pm

ni info yg bagus marilah kita sama2 menghayatinya....
Back to top Go down
Sponsored content





Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty
PostSubject: Re: Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…   Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah… Empty

Back to top Go down
 
Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» antara 12 posisi kamasutra cara main yang betul
» Subuh tp belom MANDI Wajib lagi. Sah ke pose??
» Ha'ah, Benar & Betul
» Pesta mandi alga di China (10 gambar)
» Cara Nak dapat 6 PAx

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: persoalan agama-
Jump to: