MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Dangdut Lucah,'Aku Ingin Dilubangi,Hamil Duluan"Diharamkan

Go down 
AuthorMessage
nottypirates
SDT The Legend
SDT The Legend
nottypirates


Posts : 876
Mata Ganjaran : 6234
Reputasi : 5
Join date : 2011-04-30
Location : Serdang

Dangdut Lucah,'Aku Ingin Dilubangi,Hamil Duluan"Diharamkan Empty
PostSubject: Dangdut Lucah,'Aku Ingin Dilubangi,Hamil Duluan"Diharamkan   Dangdut Lucah,'Aku Ingin Dilubangi,Hamil Duluan"Diharamkan EmptyTue Dec 13, 2011 2:34 pm

Dangdut Lucah,'Aku Ingin Dilubangi,Hamil Duluan"Diharamkan Dangdut-lucah

Sejak beberapa tahun ini, pengaruh lagu-lagu dari Seberang boleh dikata berada di paras suam-suam kuku penerimaannya dikalangan pencinta muzik tanah air. Tidak seperti 3, 4 tahun lepas, dia punya penangan... bukan sikit-sikit! Sebutlah apa genre pun, daripada Pop, Rock hinggalah ke dangdut.


Sebut pasal dangdut, sekitar minggu lepas, industri hiburan negara jiran kita ni panas gara-gara kontroversi apabila seluruh radio mahupun televisyen serata pelusuk Jawa Barat telan di arah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.

Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.

Ia berikutan lagu berunsur lucah sekaligus menyelitkan lirik kurang bermoral. Antaranya Mobil Bergoyang, Cinta Satu Malam, Hamil Duluan, Aku Ingin Dilubangi dan Mari Bercinta 2.


Satu laporan dari akhbar berbahasa Inggeris menyatakan, pihak persuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV. Berikutan itu, Nursyawal yang bertindak sebagai penapis telah mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.



"Sebagai contoh, lagu Mobil Bergoyang mengandungi lirik mengenai bagaimana gadis liar tidak memerlukan bilik hotel yang mahal untuk berasmara tetapi hanya sebuah kereta.


Satu lagi lagu, Hamil Duluan. Mengenai pasangan yang belum berkahwin mengadakan hubungan seks menyebabkan si gadis mengandung.

Nursyawal berkata suruhanjaya itu tidak bertindak sebagai penapis mengharamkan penciptaan lagu atau video klip terbabit.


Tambah kronik, seorang bapa kepada dua anak, Iman Herdiana, 29, berkata akibat terpengaruh dengan lagu Cinta Satu Malam yang di dengar dari siaran televisyen, anak perempuannya yang berusia dua setengah sudah pandai menyanyikan lagu tersebut.

Sehubungan itu Nursyawal yang bertindak sebagai penapis telah mengharamkan penciptaan lagu-lagu dan juga atau video-video klip terbabit. - BERNAMA







Back to top Go down
 
Dangdut Lucah,'Aku Ingin Dilubangi,Hamil Duluan"Diharamkan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ‘Jumpa pun tak ingin’
» Kumpulan Pengodam Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan
» Gambar macam lucah tapi sebenarnya tak (4 gambar)
» kenapa poco-poco diharamkan..?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: