MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri....

Go down 
AuthorMessage
budak_kl
SDT The Legend
SDT The Legend



Posts : 272
Mata Ganjaran : 216261
Reputasi : 5
Join date : 2011-05-04

Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri.... Empty
PostSubject: Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri....   Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri.... EmptySat Dec 24, 2011 10:09 am

GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu.
Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang
ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan
Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.

Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu
memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu
menghubungi suaminya untuk ikat jamin.

Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.

Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan
membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.

Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.

Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu
mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai
pengutip barangan lusuh.

Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.

“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak
setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah
tumpangan,” katanya.

Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan
kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun
yang kini sedang hamil lapan bulan.

Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27
hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah
suaminya juga bukan seorang yang panas baran.

“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.

Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.

Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.

“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia
tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba
puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan
lain. Bagaimana rasanya.

“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan
Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati
wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh
dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya
sekali.

Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai
tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan
mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau
Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit
kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.
Back to top Go down
Guest
Guest




Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri.... Empty
PostSubject: Re: Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri....   Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri.... EmptyWed Dec 28, 2011 8:21 am

mmm..dunia2..
Back to top Go down
 
Edisi cilako:Tiduri bini kawan sendiri....
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Elfira Loy Berlakon Dengan Cara Sendiri
» EDISI KHAS
» edisi gara2 mau konek mencanak
» 3 wanita bertudung edisi Julai
» Bakal X bini Anang yang tak jadi!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Lawak/Aneh/Seram Dll-
Jump to: