Rezeki 2012 nampaknya sangat murah kepada artis wanita kita yang
bernama Scha Al Yahya. Semalam pihak Avon Malaysia telah mengumumkan
yang Scha turut dilantik sebagai Duta Avon di samping Neelofa. Tahniah
Abang Nara ucapkan kepada Scha atas pencapaian hebat ini. Bukan senang
untuk dipilih menjadi duta produk Avon.
Pada pandangan Abang Nara, Avon telah membuat satu pilihan yang
sangat tepat untuk duta produk mereka. Neelofa memang sangat sesuai
kerana kecantikan wajahnya yang asli dan kepopularitian yang sedang
meningkat. Manakala Scha pula sangat sesuai kerana gayanya yang agak
sempoi, simple dan happy go lucky.
Apa-apa pun semoga tahun 2012 ini akan mendatangkan lebih banyak
peluang kepada artis-artis kita untuk menjadi duta kepada produk-produk
kecantikan yang ada di Malaysia ini.