Baru-baru ini Rozita Che Wan mengakui dia ke Genting Highlands
bersama pelakon kacukan Zain Saidin dan anak-anak, tetapi jarang kita
dapat melihat gambar anak-anak Rozita. Majalah Harmoni keluaran Januari
2012 telah menampilkan ibu tunggal yang meletup ini bersama
anak-anaknya, Ammar Effendy, 16 dan Aniq Ezzra, 13.
Bolehlah
dikatakan wajah anak-anak Rozita ini lebih seiras dengan bekas suami
Rozita, malah Ammar dan Aniq juga macam kembar seiras, cuma Ammar
berbadan lebih besar kerana usianya. Untuk berita lanjut, sila dapatkan
majalah ini di pasaran.