MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Saintis temui ikan jerung hibrid

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Saintis temui ikan jerung hibrid Empty
PostSubject: Saintis temui ikan jerung hibrid   Saintis temui ikan jerung hibrid EmptyWed Jan 04, 2012 8:03 am

Saintis temui ikan jerung hibrid Du_01.1
GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seekor ikan jerung hibrid hitam di perairan Australia.


SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.

Ketua penyelidik berkenaan, Jess Morgan berkata, jerung hibrid tersebut
terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia
dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan
mengejutkan di bidang sains.

"Ia amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi," kata Morgan.

Menurutnya, penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.

Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal
tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada
jarak 2,000 kilometer dari pantai.

Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku
kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup
walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global. - AFP


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_01.htm


Back to top Go down
 
Saintis temui ikan jerung hibrid
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kalau Ikan Yu Ada Gigi Manusia
» Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: