Saya percaya ramai yang
ternanti-nantikan rakaman pertama dari jarak dekat gambaran sebenar
bahagian interior Proton P3-21A, terutamanya di bahagian papan
pemukanya. Akhirnya hari ini blog Paultan telah mendedahkannya secara
eksklusif, terima kasih kepada pengirim, saudara Daud yang bertembung
dengan kereta ujian P3-21A di kawasan parkir Genting Sempah.
Jika anda melihat dengan teliti di
gambar papan pemuka P3-21A itu, sudah tentu anda boleh nampak butang
push-start (push-start button), serta paparan multi-info pada kluster
instrumen. Papan pemukanya termasuk panel pintu kelihatan begitu
menarik dan moden, sekurang-kurangnya memberi harapan bahawa produk
terbaru keluaran Proton kali ini tidak akan menghampakan.
Tidak perlu saya menulis panjang kerana
setiap gambar boleh memberikan maklumat lebih dari seribu perkataan,
saksikan sendiri dan jangan lupa berikan komen anda di sini.
Sumber :
Paultan.org