MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’ Empty
PostSubject: Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’   Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’ EmptyThu Jan 05, 2012 10:19 am

Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’ Image1-565x423

KLUANG – Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup
berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang
Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini, lewat pagi semalam.

Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.

Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami
isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan
sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar
Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk
membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat
hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara
ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di
samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.


“Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat
di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai
Pahang.


“Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat
selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan
berkahwin tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian, awal pagi
semalam.


Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga
pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a)
& (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa
hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau
kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd
Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa
menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.

“Kita melakukan operasi sepanjang masa dan orang ramai boleh hubungi
talian bebas tol 1800-88-3072 yang dibuka 24 jam bagi
melaporkan kejadian maksiat di seluruh negeri ini,” katanya.



SUMBER : MYNEWSHUB.MY
Back to top Go down
joe_sate
SDT Otai
SDT Otai
joe_sate


Posts : 168
Mata Ganjaran : 4837
Reputasi : 0
Join date : 2011-08-15
Age : 41
Location : tak bai

Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’ Empty
PostSubject: Re: Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’   Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’ EmptyFri Jan 06, 2012 12:42 am

taktik yg x menjadi...modes operandi dh diketahui pihak berkuasa...rmai sgt yg buat cmni...
Back to top Go down
 
Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Raja Dadah Colombia Bakar Wang Lebih AS$1.63 juta Semata-mata Untuk Memastikan Anak Perempuannya Tidak Sejuk
» 9 Waktu Mustajab Nasihatkan Anak-anak
» Salleh Yaacob berbulan madu bawa 4 isteri
» Ibu rela dinoda demi anak
» Ibu Ditangkap Kerana Jual Anak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: