MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective Empty
PostSubject: Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective   Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective EmptyThu Jan 05, 2012 11:36 am

Platform Nintendo DS sekarang
menjadi salah satu platform yang digemari syarikat pengeluar permainan
berbentuk pengembaraan-misteri (adventure-puzzle). Ini kerana konsep ‘sentuh’ yang digunakan amat sesuai untuk dimainkan dengan jenis permainan tersebut.

Antara permainan popular menggunakan jenis ini yang dikeluarkan pada
bulan Januari 2011 ialah Ghost Trick: Phantom Detective oleh syarikat
Capcom. Penulis juga mendapat tahu bahawa versi untuk iPhone juga telah
dikeluarkan di Jepun pada bulan lepas.

Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective Ghost-trick-paparan-skrin

Jalan Cerita


Di dalam permainan ini, anda memulakan pengembaraan anda sebagai
Sissel, yang baru sahaja mati dibunuh. Sissel kemudiannya hidup kembali
sebagai satu roh yang boleh memanipulasi objek. Anda dan Sissel perlu
menyiasat misteri kematian Sissel dan menyelamatkan nyawa-nyawa mangsa
lain pada masa yang sama.

Corak Permainan


Permainan ini memfokuskan keupayaan Sissel sebagai roh yang boleh
memanipulasi satu objek pada satu masa. Setiap objek boleh
dimanipulasikan mengikut keupayaan objek tersebut demi menyelesaikan
puzzle dan meneruskan jalan cerita. Contohnya sekiranya roh Sissel
masuk ke dalam radio, dia boleh membunyikan radio tersebut dan
memeranjatkan seorang pembunuh dan memberi peluang kepada mangsa untuk
lari. Itu hanyalah salah satu contoh daripada keupayaan ajaib Sissel
sebagai roh.

Roh Sissel hanya boleh mengembara dari satu objek ke satu objek yang
lain dalam jarak dekat. Pada masa yang sama, sekiranya roh Sissel masuk
ke dalam badan makhluk yang baru sahaja dibunuh, dia boleh memutar
kembali masa ke 4 minit sebelum mangsa dibunuh untuk menyelamatkan
nyawa mereka.

Jalan cerita permainan ini adalah secara berterusan, namun setiap bab dimainkan dalam bentuk fasa ke fasa.

Ulasan Penulis


Penulis merasakan permainan ini merupakan permainan yang agak
kreatif dan original yang pernah penulis mainkan. Jalan cerita
permainan ini agak menarik, dan bagi permainan berjenis
pengembaraan-misteri seperti ini, jalan cerita merupakan asas yang
penting. Permainan ini juga menggunakan gaya penceritaan seperti cerita
detektif klasik, di mana agak menarik perhatian penulis.

Selain itu, permainan ini mencabar kapasiti minta anda dengan
puzzle-puzzle yang disertakan. Di setiap fasa anda boleh menyelesaikan
satu misteri bukan dengan hanya satu cara, ianya terpulang kepada
kreativiti anda memanipusai objek yang ada.

Reka grafik permainan ini yang berbentuk seperti kartun yang
berwarna-warni, dengan watak-watak yang menarik hati. Anda akan
merasakan seperti anda menonton kartun detektif, tapi pada masa yang
sama anda mempunyai pengaruh terhadap jalan cerita.

Penulis mengesyorkan permainan yang kreatif ini kepada semua peminat permainan berjenis pengembaraan misteri!

Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective Ghost-trick-amanz

Ditulis oleh Riez Forester untuk Amanz Network. Ikuti beliau di @RiezForester. Grafik oleh Effi.
Back to top Go down
 
Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mission: Impossible Ghost Protocol kekal hebat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: Informasi Komputer & Teknologi Semasa-
Jump to: