MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Guest
Guest




Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat Empty
PostSubject: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat EmptyThu Jan 05, 2012 1:23 pm

Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat Image
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat cepat mendirikan rumah tangga supaya kehidupannya lebih sempurna.


Nik Abdul Aziz berkata, Islam menggalakkan orang yang mampu supaya cepat berkahwin.

“Ini penting untuk mengawal kita daripada melakukan dosa dan apabila berkahwin, ia lebih selamat untuk menjaga masuah.

“Khairul Fahmi merupakan penjaga gol terbaik Asia menjadi idola rakyat Kelantan, saya juga berbangga dengannya apatah lagi dia berada dalam kawasan pilihan raya saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kepada Khairul Fahmi di Taman Kurnia Jaya, Kemumin, Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Kerajaan negeri Kelantan kata beliau, memberi hadiah kepada rakyat yang cemerlang dalam apa jua bidang sebagai rangsangan.

“Mereka yang berbakat dan cemerlang ini perlu menunjukkan contoh baik, bebas salah laku sosial dan pengaruh dadah kerana dadah boleh memusnahkan kehidupan,” katanya.

Khairul Fahmi yang mesra dikenali sebagai Apex berkata, beliau menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Soal jodoh ni kena tengok ‘rezeki’ la, kalau tahun ni (kahwin) maka tahun ni la, kalau tahun depan atau tiga tahun lagi pun saya terima,” katanya.

Sementara itu, bapa Apex, Che Mat Hussin, 59, ketika ditemui berkata, dia menyerahkan soal perkahwinan sepenuhnya kepada penjaga gol Kelantan itu.

Katanya, Apex mungkin mahu menumpukan perhatian kepada karier terlebih dauhulu.

“Saya sedia menerima siapa saja wanita pilihan dia, yang penting ialah matlamatnya dalam bidang sukan tidak terganggu kerana dia masih muda,” katanya.

Apex yang menerima anugerah Pemain Muda Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2011 November lalu tersenarai bersama Fadhli Shas dan Safee Sali dalam kesebelasan terbaik Asia pilihan laman web terkenal dunia, Goal.Com.

SUMBER : SINAR HARIAN
Back to top Go down
joe_sate
SDT Otai
SDT Otai
joe_sate


Posts : 168
Mata Ganjaran : 4820
Reputasi : 0
Join date : 2011-08-15
Age : 41
Location : tak bai

Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat Empty
PostSubject: Re: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat EmptyFri Jan 06, 2012 12:41 am

baguslh tu elakkn kontrovesi..
Back to top Go down
damnhard
SDT Junior
SDT Junior
damnhard


Posts : 50
Mata Ganjaran : 4322
Reputasi : 1
Join date : 2012-08-20

Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat Empty
PostSubject: Re: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat EmptyWed Aug 22, 2012 8:13 pm

Apex skang pun asyik keluar dating dgn artis aje....lawa2 pulak tu....dia tu boleh tahan hensem la....cuma suara dia je yg kelakar sikit.....he he he Very Happy
Back to top Go down
Sponsored content





Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat Empty
PostSubject: Re: Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat   Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat Empty

Back to top Go down
 
Nik Aziz nasihat Apex kahwin cepat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nik Aziz masuk hospital
» Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya
» Kisah Lepas Kahwin
» Rozita kahwin tahun hadapan
» NORA DANISH tak minat kahwin?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: