REPUTASI penjaring terbanyak dalam Liga Romania dengan purata antara
16 hingga 20 jaringan semusim dua atau tiga tahun lalu, menyaksikan
pemain import Sarawak dari Cameroon, Kalle Sone dijangka menjadi
peledak utama pasukan dalam persaingan Liga Super musim ini.
Di samping itu, penyerang berusia 28 tahun itu turut mencatat rekod
selaku penjaring terbanyak dalam sejarah kelab bola sepak Romania
sebelum ke Sarawak selepas kontrak dengan kelab terakhir CS Otopeni
berakhir.
Ketua Jurulatih skuad Bujang Senang, Robert Alberts
berkata, Sone memiliki kawalan bola yang baik, pantas serta boleh
membuat hantaran tepat kepada rakan sepasukan.
“Dia juga boleh disifatkan berbahaya kepada pasukan lawan sekiranya melakukan sepakan percuma di luar kotak penalti,” katanya.
Alberts
berkata, pemain importnya itu sudah membuktikan kemampuan ketika
perlawanan persahabatan di Bandung, Indionesia selepas menjaringkan
empat gol.
“Malangnya dia tidak dapat beraksi ketika
menentang Sabah dalam dua perlawanan persahabatan kerana mengalami
kecederaan tetapi kini Sone sudah cergas sepenuhnya dan bersedia
menggalas cabaran sebaik sepak mula Liga Super musim baru minggu
depan,” katanya.
innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
Sementara itu, Alberts mengingatkan pemain supaya tidak mengambil
mudah pasukan Kuala Lumpur yang akan ditentang dalam perlawanan pertama
Liga Super, Selasa ini.
“Sesiapa saja yang bakal dihadapi,
sama ada pasukan itu terkuat atau dilabel lemah, kami tidak seharusnya
mengambil sikap sambil lewa kerana dalam bola sepak apapun boleh berlaku