MANCHESTER (United Kingdom): Pengurus Manchester City, Roberto
Mancini mungkin akan membeli pemain baru bagi menguatkan pasukannya
pada tempoh perpindahan pemain Januari ini namun ia hanya mampu
dilakukan jika mereka boleh menyingkirkan beberapa pemain terlebih dulu.
City dilapor mencari pemain di bahagian tengah apabila bintang
Ivory Coast, Yaya Toure dijangka meninggalkan Eastlands kerana
mengambil bahagian dalam Piala Negara-Negara Afrika.
Bagaimanapun Mancini memaklumkan, kehadiran pemain baru hanya boleh
dilakukan sekiranya mereka boleh menjual pemain seperti Carlos Tevez,
Nedum Onouha dan Wayne Bridge.
Tevez yang tidak beraksi untuk City sejak insiden pergaduhan dengan
Mancini ketika Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich September lalu
dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan selain beberapa kelab lagi
turut menyatakan minat terhadap penyerang itu.
“Kami perlu
menjual tiga atau empat pemain dengan Tevez kini semakin hampir
meninggalkan kelab ini dalam tempoh tiga atau empat hari lagi dan
mungkin juga Bridge. Kemudian barulah kami boleh mencari pemain lain,”
kata Mancini.
“Kami harap perpindahan Tevez berjalan lancar
demi kebaikan kelab dan dirinya. Ada dua atau tiga pasukan di Itali,
satu pasukan di Perancis serta satu lagi pasukan lain turut berminat
dan saya harap dia akan kembali bermain bola sepak.
innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
“Kami mungkin membawa masuk pemain baru namun kami perlu menjual
pemain.” Walaupun Tevez semakin hampir meninggalkan City, Mancini tidak
perlu mencari penyerang pengganti memandangkan beliau masih mempunyai
pemain penyerang iaitu Mario Balotelli, Edin Dzeko dan Sergio Aguero
serta dibantu penyerang tengah Samir Nasri, David Silva dan Adam
Johnson.
Mancini mengaku beliau berminat mendapatkan khidmat
pemain tengah Roma, Daniele De Rossi namun meragui sama ada pemain
Itali itu sedia untuk berpindah.
innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "604";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
“De Rossi setaraf Toure namun dia bermain untuk pasukan hebat iaitu
Roma dan dia juga dilahirkan di situ. Saya tidak tahu sama ada dia
bersedia untuk berpindah,” katanya. - AFP