MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 United belum panik

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




United belum panik Empty
PostSubject: United belum panik   United belum panik EmptyFri Jan 06, 2012 4:16 am

United belum panik Su_07.1
JONES (tengah) meledakkan gol ke gawang sendiri ketika United tewas 0-3 kepada
Newcastle awal pagi semalam.




NEWCASTLE - Alex Ferguson menegaskan, belum masa untuk berasa panik
meskipun Manchester United dibelasah 0-3 oleh Newcastle United dalam
kempen Liga Perdana England awal pagi semalam.

Kekalahan tersebut turut menyaksikan skuad The Red Devils ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga, Manchester City, manakala Tottenham Hotspur mengekori rapat di tangga ketiga.

Lebih malang, kekalahan itu adalah yang kedua berturut-turut selepas tewas 2-3 kepada Blackburn Rovers pada 31 Disember lalu.

United akan bertemu City pada aksi Piala FA penghujung minggu ini
tetapi Ferguson tetap yakin pasukan itu mampu meleburkan impian skuad
bimbingan Roberto Mancini untuk merangkul gelaran liga buat kali
pertama dalam tempoh 44 tahun.

"Sudah tentu kelebihan memihak kepada City. Kami memperoleh peluang,
mereka (City) bermain kelmarin dan menang. Jadi, kelebihan memihak
kepada mereka," kata Ferguson.

"Satu-satunya kelebihan saya adalah dua atau tiga pemain sudah boleh
beraksi dan mungkin mereka mampu melakukan perubahan. Ia belum masa
untuk panik, kami memiliki kesabaran dan pengalaman untuk menghadapinya.

Sementara itu, Ferguson menegaskan, gelaran juara bertahan yang
disandang pasukan itu bakal membantu mereka untuk mengharungi baki
saingan musim ini.

"Tewas satu perlawanan dalam tempoh beberapa tahun, kamu tidak mahu
ia berlaku tetapi ia sudah terjadi dan kamu boleh lihat daripada
beberapa keputusan sejak akhir-akhir ini.

"Begitupun, kami akan menampilkan aksi sebenar sepanjang musim ini, terutamanya pada Mac dan April.

Jaringan sendiri Phil Jones pada masa kecederaan melengkapkan malam
malang buat United selepas memboloskan dua gol masing-masing menerusi
Demba Ba dan Yohan Cabaye.

Bagi Newcastle, kemenangan itu adalah yang pertama di gelanggang
sendiri dalam tempoh dua bulan, sekali gus kekal di tangga ketujuh liga.

Penyerang United, Wayne Rooney pula gagal beraksi dengan cemerlang
pada penampilan pertama selepas digantung satu perlawanan kerana
masalah disiplin pada Hari Krismas lalu.

Dalam pada itu, Tim Howard tetap berasa kecewa meskipun dia menjadi
penjaga gol keempat yang berjaya menjaringkan gol dalam sejarah Liga
Perdana England.

Penjaga gol Amerika Syarikat itu meletakkan Everton di depan pada
minit ke-63 tetapi jaringan tersebut tidak mampu menghalang mereka
daripada tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers di Goodison Park awal pagi
semalam.

Pada awalnya, Howard hanya mahu mengeluarkan bola dari kotak penalti
selepas menerima hantaran ke belakang daripada rakan sepasukan.

Begitupun, bola yang disepak Howard melambung tinggi sebelum jatuh
di dalam kotak penalti pasukan pelawat dan melantun melepasi jangkauan
penjaga gol Bolton, Adam Bogdan.

Howard yang membuat penampilan ke- 250 bersama Everton tidak memberi sebarang reaksi selepas menjaringkan gol tersebut.

"Ia bukan satu tempat yang baik untuk saya berada. Saya pernah
melalui detik itu sebelum ini dan ia sudah lama berlalu. Sebab itu,
saya tidak meraikannya," kata Howard.

Penjaga gol lain yang berjaya menjaringkan gol dalam tempoh 20 tahun
pada kempen Liga Perdana England adalah Peter Schmeichel (2001), rakan
senegara Howard dari Amerika Syarikat, Brad Friedel (2004) dan Paul
Robinson (2011). - AFP
Back to top Go down
 
United belum panik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pengajaran buat United
» Red Devils Maniac

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: