Salah satu versi pelayar web
yang masih disokong sehingga kini oleh Mozilla adalah Firefox 3.6.
Namun begitu, dengan teknologi yang berkembang pesat, setiap sokongan
akan mencapai tempoh matangnya, dan melalui informasi baru yang
dikemaskini pada
halaman sokongan Firefox,
ia memperlihatkan sokongan untuk Firefox 3.6 bakal ditamatkan pada 24
April 2012 kelak, dan Firefox 10 akan didatangkan dengan sokongan masa
panjang.
Seperti semua sedia maklum, Mozilla kini mengeluarkan pelayar web
versi baru setiap 6 minggu, dan pada masa yang sama, kini diketahui
yang mana mereka juga akan mengeluarkan versi yang disokong untuk suatu
jangka masa tambahan (Extended Support Release), dan melalui mesyuarat
yang dijalankan, Firefox 10 bakal kelak menjadi salah satu versi ESR
untuknya.
Versi ESR ini akan disokong sehingga 8 keluaran versi Firefox.
Sebagai contoh, ketika Firefox 18 dikeluarkan, Firefox 10 akan
menggunakan angka versi 10.0.8, dan akan menjadi versi ESR yang
terakhir. Walaubagaimanapun, ia masih pada peringkat draft buat masa
ini.
Namun begitu, kami di Amanz masih lagi tidak mengetahui strategi
penuh Mozilla berkaitan perkara ini, memandangkan sebelum ini mereka
telah mengumum akan memperkenalkan Firefox 11 atau Firefox 12 kelak
dengan sokongan kemaskini automatik, sekaligus menjadikan versi ESR ini
seperti tidak lagi diperlukan.