Setelah kejayaan D3S sebelum ini, kini pada hari ini, setelah lebih
kurang 2 tahun selepas itu, Nikon memperkenalkan Nikon D4 DSLR yang
mana membawakan sokongan sehingga 16.2-megapixel, dan juga sokongan ISO
yang dipertingkatkan kepada 204,800 (Hi-4). Serta dengan penyertaan
pemprosesan gambar Expeed 3, ia kini membolehkan rakaman gambar pada 10
frame sesaat dengan autofokus, atau 11 frame per saat tanpa autofokus.
Selain daripada itu, Nikon D4 turut sama membawakan penyertaan
sokongan 91,000 pixel RGB warna 3D Matrix Meter III. Nikon D4 juga
turut sama membolehkan rakaman video pada kualiti 1080p pada 30 frame
per saat. Video yang dirakamkan juga disimpan dalam bentuk H.264.
Melalui Nikon D4 yang baru ini, ia membawakan bukan sahaja
peningkatan pada prestasi dan kepantasan merakamkan gambar, malah turut
sama memfokuskan kepada kualiti rakaman, serta sistem AF yang paling
terbaru di pasaran.
Buat masa ini, bilakah ianya akan dijual di Malaysia masih lagi
tidak diketahui, tetapi untuk pasaran global, dijangka akan mula dijual
bermula penghujung Februari 2012 kelak pada harga jualan saranan
sekitar RM18,900.