Selepas masing-masing pernah gagal dalam rumah tanggadan ikatan pertunangan, pengarah muzik terkenal, Ramli MS kinidikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan penyanyi lagu Kisah Hati,Alyah.
Sumber memberitahu, baru-baru ini, Ramli atau nama sebenarnya RamliMohd Salleh, 52, mula rapat dengan Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan,30, selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010(ABPBH2010) berakhir di Genting Highlands pada 3 April lalu.
“Berikutan pertemuan di majlis ‘post-party’ itu, mereka bertukar nombortelefon dan saling berhubungan di talian baik sama ada berbual mahupunSMS. Mereka nampak bahagia dan gembira,” kata sumber itu yang enggandikenali.
Menurut sumber, pada April lalu ada peminat ternampak Ramli dan Alyah muncul di satu lokasi terkenal di Singapura.
Sumber berkata, Ramli ingin membawa Alyah bertemu keluarganya diSingapura dan begitu juga dengan Alyah. Sementara itu, Alyah ketikaditemui di Angkasapuri semalam terkejut dengan gosip sensasi itu,tetapi enggan mengulas lebih mendalam.
“Jangan salah faham.Kami cuma bersahabat dan Alyah sentiasa hormatkan kebolehan dankedudukan Ramli. Alyah suka meminta pandangan Ramli berkaitan muzik danpenerbitan lagu. “Kami berjumpa pun atas dasar kerja dan jangandiperbesar-besarkan isu persahabatan kami itu. Mengenai pertemuan diSingapura, ia kebetulan. Alyah pergi beli-belah di sana dan Ramli pulaada urusan kerja. Elok anda minta komen Ramli sendiri,” kata Alyah.
Ni komen dari Ramli MS
-----------------------------
“Saya bukan budak 25 tahun untuk bercakap soal cinta. Saya hanya akan melayani pertanyaan berkisar kerjaya,” kata Datuk Ramli Mohd Salleh (Ramly MS), 52.
Pengarah muzik terkenal itu berkata demikian sewaktu diminta memberikan komen berhubung gosip kini hangat tersebar mengatakan dia menjalin hubungan intim dengan penyanyi lagu Kisah Hati, Noor Hasliah Abu Hasan (Alyah), 30, sebagaimana laporan eksklusif akhbar ini semalam.
Ketika dihubungi semalam, Ramly menegaskan dia tidak berminat memberi kenyataan yang boleh membesar-besarkan gosip itu.
“Saya tidak berminat melayan gosip seperti ini. Setiap kenyataan boleh menambahkan lagi sensasi dan memanjangkan lagi hal ini. Justeru lebih baik saya berdiam diri saja. “Saya mahupun Alyah, kita masing-masing ada keluarga dan sebarang komen hanya akan mengaitkan banyak pihak lagi,” katanya.