MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Messi bantu Argentina belasah Albania

Go down 
AuthorMessage
WM
WebMaster
WebMaster



Posts : 729
Mata Ganjaran : 419814
Reputasi : 31
Join date : 2011-04-26

Messi bantu Argentina belasah Albania Empty
PostSubject: Messi bantu Argentina belasah Albania   Messi bantu Argentina belasah Albania EmptyWed Jun 22, 2011 4:15 am

BUENOS AIRES - Penyerang Barcelona, Lionel Messi menampilkan aksi cemerlang untuk membantu Argentina membelasah Albania 4-0 pada aksi pemanas badan Copa America kelmarin.

Pemain pertahanan, Javier Zanetti melakar sejarah tersendiri apabila mencatat rekod penampilan ke-140 pada perlawanan yang lebih banyak dikuasai pasukan tuan rumah itu.

Ezequiel Lavezzi meletakkan Argentina di depan pada minit kelima selepas berjaya memperdaya penjaga gol Albania, Arjan Beqaj hasil hantaran Messi.

Pada minit ke-43, Messi menjadikan kedudukan 2-0 selepas bijak menyambar hantaran Lavezzi untuk menewaskan Beqaj.

"Messi bermain dengan cemerlang, mencipta peluang untuk menjaringkan gol dan meledakkan gol," kata jurulatih Argentina, Sergio Batista mengenai Messi yang telah menjaringkan 17 gol daripada 57 perlawanan antarabangsa.

"Pasukan bermain dengan baik. Perlu membuat sedikit perubahan kerana lawan kami tidak banyak menyerang dan tidak banyak menguasai bola.

"Begitupun, saya tetap gembira kerana kami berjaya melakukan semua perkara ketika menjalani latihan."

Argentina menambah gol ketiga pada minit ke-74 selepas Messi membuat hantaran yang cukup menarik untuk disudahkan oleh Sergio Aguero sebelum Carlos Tevez melengkapkan kemenangan selesa tuah rumah Copa America itu.

"Perlawanan seperti ini membantu kami membina keyakinan dan mengenali antara satu sama lain," kata Lavezzi. - Reuters
Back to top Go down
 
Messi bantu Argentina belasah Albania
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kene belasah dengan awek sebab x nak buat..haha
» Messi, Fabregas julang Barcelona

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: