MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
azam
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 140
Mata Ganjaran : 2692
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 36
Location : subang jaya

PostSubject: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Wed Jul 20, 2011 9:19 am

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang
larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari
melakukan perkara-perkara berikut:


  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan
    ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai
    anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan
    semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini
    adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu
    mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
  • Dilarang memaku,
    memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan
    binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat
    anggota badan.
  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
  • Hendaklah menjauhi
    pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana
    dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di
    anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan
    kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang
    memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh.
    Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh
    menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
  • Ibu mengandung juga
    tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak
    akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada
    waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan
    menjadi besar.
Selain
pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang
lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:


  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana
    dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang
    memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai
    anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Sejauhmana
benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai
bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah
laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat
hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita
sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.
Back to top Go down
artiessimmon
SDT Newbies
SDT Newbies


Posts : 35
Mata Ganjaran : 2075
Reputasi : 0
Join date : 2011-05-10
Age : 33
Location : KL

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Wed Jul 20, 2011 11:36 am

good info, thanks bro azam....

_________________
Hey, listen, I want somebody good - and I mean very good - to plant that gun. I don't want my brother coming out of that toilet with just his dick in his hands, alright?
bounce
Back to top Go down
azam
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 140
Mata Ganjaran : 2692
Reputasi : 6
Join date : 2011-05-19
Age : 36
Location : subang jaya

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Wed Jul 20, 2011 11:59 am

artiessimmon wrote:
good info, thanks bro azam....

wlcm..bro artiessimmon wife tgh berisi ke..?
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Wed Jul 20, 2011 6:42 pm

wah.. Good advise utk den yg masih bujang.tq bro..
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Wed Jul 20, 2011 11:20 pm

tips yg baik..
Back to top Go down
kReNmAuT
SDT The Legend
SDT The Legend


Posts : 438
Mata Ganjaran : 2407
Reputasi : 0
Join date : 2011-07-06
Location : uNdEr tHe bLeSsiNg mOoN oF.....??

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Thu Jul 21, 2011 5:04 am

nice info bro..

_________________









i BleEd iN tHe nAmE oF tHe oAth!!
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Sun Jul 31, 2011 2:40 pm

untuk sesape yang dah kawin leh praktikkan ekkk
Back to top Go down
jejaka_selangor
SDT Junior
SDT Junior


Posts : 55
Mata Ganjaran : 2015
Reputasi : 1
Join date : 2011-07-27

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Fri Aug 05, 2011 4:36 pm

kena kenan binatng seram ooo
Back to top Go down
SEMUTHITAM
SDT Newbies
SDT Newbies


Posts : 2
Mata Ganjaran : 1945
Reputasi : 1
Join date : 2011-08-17

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Thu Oct 06, 2011 11:00 am

bagaimana kalu bunuh lipas yg masuk rumah?
Back to top Go down
wunan
SDT Otai
SDT Otai


Posts : 122
Mata Ganjaran : 2046
Reputasi : 2
Join date : 2011-08-26
Location : ipoh

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Thu Oct 06, 2011 11:31 am

info yang berguna.. xde pantang2 tambahan lg ke bro..
Back to top Go down
myrosso
SDT Newbies
SDT Newbies


Posts : 31
Mata Ganjaran : 1756
Reputasi : 1
Join date : 2012-03-22

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Mon Feb 18, 2013 7:55 pm

good info
Back to top Go down
zulex
SDT Newbies
SDT Newbies


Posts : 14
Mata Ganjaran : 1908
Reputasi : 1
Join date : 2011-10-03

PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Wed Feb 20, 2013 4:45 pm

yang penting, takat mana pekercayaan kita dgn tuhan, itu hanya dongeng orang tua sahaja.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)   Today at 11:02 am

Back to top Go down
 
Pantang Larang Semasa Mengandung (Suami & Isteri)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Orisinalitas Buddhisme
» bagi yang memiliki pasangan suami/istri mualaf
» jika duda atau janda berzina
» cara bercerai yang baik
» Saudi Larang Warga Asing Kumandangkan Azan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Group-
Jump to: