MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Kereta mesra alam serba boleh

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Kereta mesra alam serba boleh Empty
PostSubject: Kereta mesra alam serba boleh   Kereta mesra alam serba boleh EmptyWed Jan 04, 2012 8:01 am

Kereta mesra alam serba boleh Pix_middle
KERETA yang dihasilkan uintuk pertandingan anjuran syarikat Volkswagen.

BEIJING: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta
yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan
juga air.

Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan
beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa
gangguan.


Yuhan Zhang, 21, menghasilkan kereta yang diberi nama Volskwagen Aqua
untuk menyertai pertandingan anjuran syarikat pembuat kereta Jerman itu.

Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin
yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti
hoverkraf.


Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hidrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.


Satu daripada motor itu menggelembungkan ‘skirt’ di sekeliling
kenderaan itu untuk membolehkannya terapung sementara satu lagi
memacunya ke depan dan mengawal arah.

“Tidak ada pengangkutan yang lebih baik daripada kenderaan kusyen udara
kerana ia boleh bergerak dengan baik di darat, ais dan air.


“Saya berharap Aqua satu hari nanti akan menjadi kereta super yang mampu dimiliki oleh orang awam,” kata Zhang.

Peserta pertandingan berkenaan dikehendaki menghasilkan sebuah kenderaan yang boleh digunakan di luar jalan raya. - Agensi

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...icle/index_htm
Back to top Go down
 
Kereta mesra alam serba boleh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sesi beramas mesra ajoi & isteri
» kenapa aku x boleh nk upload gambar?
» Satu lagi kejayaan Najib yang boleh dibanggakan
» Kedai Repair Rim Kereta.
» Kereta curi ditanam dalam tanah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: