MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 Mission: Impossible Ghost Protocol kekal hebat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: Mission: Impossible Ghost Protocol kekal hebat   Thu Jan 05, 2012 10:15 am


TOM CRUISE berlakon dalam salah satu adegan dalam filem Mission: Impossible – Ghost Protocol.
LOS ANGELES – Filem lakonan Tom Cruise, Mission: Impossible – Ghost
Protocol menguasai juara carta box-office Amerika Utara buat minggu
kedua berturut-turut dengan kutipan tiket dianggarkan berjumlah AS$30
juta (RM95.10 juta).

Menurut agensi pemantau kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem
aksi itu setakat ini telah memperoleh kutipan tiket berjumlah AS$133
juta (RM421.61 juta).

berada di tempat kedua ialah filem Sherlock Holmes: A Game of
Shadows yang menceritakan tentang detektif dengan kutipan sebanyak
AS$22.1 juta (RM70 juta) selepas tiga minggu ditayangkan.

Filem animasi Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked berada di tempat
ketiga dengan kutipan tiket sebanyak AS$18.3 juta (RM58 juta).

Menduduki tangga keempat ialah filem War House arahan Steven
Spielberg dengan anggaran kutipan tiket ialah AS$16.9 juta (RM53.57
juta).

Filem lakonan Dainel Craig dan Rooney Mara berjudul The Girl with
the Dragon Tattoo menduduki tangga kelima dengan kutipan tiket sebanyak
AS$16.3 juta (RM51.67 juta).

Berada di tangga keenam ialah filem We Bought A Zoo lakonan Matt
Damon dengan kutipan tiket sebanyak AS$14.3 juta (RM45.33 juta) diikuti
filem New Year’s Eve yang mendapat kutipan sebanyak AS$6.7 juta
(RM21.23 juta) dan The Darkest Hour berada di tangga kesembilan dengan
kutipan sebanyak AS$$4.3 juta (RM13.63 juta).

Filem The Descendants lakonan George Clooney mendudukti tempat
terakhir dengan kutipan sebanyak AS$3.7 juta (RM11.72 juta). – AFP



SUMBER : BERITA HARIAN
Back to top Go down
 
Mission: Impossible Ghost Protocol kekal hebat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Have you seen a ghost?
» Cher Says She Is Being Haunted By The Ghost Of Her Dead Husband... And Loves It!
» Prophetic dream (car) "ghost" skeleton(death?) pulling my sons' legs
» The Movie.....Ghost!
» ayat qur'an Iblis kekal di neraka

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: