MySDT
MySDT
MySDT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeLatest imagesRegisterLog in

 

 Peluang peminat jumpa Neville

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest




Peluang peminat jumpa Neville Empty
PostSubject: Peluang peminat jumpa Neville   Peluang peminat jumpa Neville EmptyFri Jan 06, 2012 4:08 am

SEJAK bersara Februari lalu, tidak banyak berita mengenai bekas
kapten kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Gary
Neville.


Bagaimanapun kerinduan peminat tempatan terhadap pemain pertahanan
legenda Red Devils itu bakal terubat apabila beliau berada di tanah
air, Ahad ini.

Kunjungan Neville ke Malaysia itu dibawakan
khas oleh Mister Potato dan Manchester United selepas kali terakhir
beliau bertandang ke ibu negara pada Julai 2009 ketika mengikuti
Jelajah Asia kelab itu.





Pelbagai aktiviti menarik sepanjang kehadiran pemain kedua paling
lama beraksi dengan Manchester United itu selepas pemain sayap, Ryan
Giggs diatur antaranya sesi bertemu peminat pada 12.15 tengahari hingga
1.45 petang di Sunway Pyramid, Orange Concourse Entrance, Ahad ini.

Pada
10 pagi hingga 4 petang pula, semua peminat berpeluang bergambar
bersama Neville, memenangi hadiah yang ditandatangani pemain itu dan
pelbagai lagi hadiah eksklusif menerusi permainan berkonsepkan bola
sepak.

Program ini diatur Mister Potato hasil kerjasama
dengan kelab bola sepak terbesar dunia itu bermula September lalu yang
menyaksikan Mister Potato menjadi Rakan Snek Global Rasmi Manchester
United.




innity_country = "MY";
innity_client = "72";
innity_zone = "591";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";








Neville yang beraksi hampir 20 tahun bersama United dilantik sebagai
kapten selama lima tahun oleh pengurus Sir Alex Ferguson. Sepanjang
kariernya bersama United, beliau meraih lapan gelaran Liga Perdana,
tiga Piala FA dan trofi Liga Juara-Juara Eropah. Beliau dianggap pemain
pertahanan terbaik dalam generasinya oleh Ferguson.
Back to top Go down
 
Peluang peminat jumpa Neville
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 'Peluang di tangan kita'
» ‘Jumpa pun tak ingin’
» kepada peminat senjata api... ini tempat menarik
» Ajoi jumpa Doktor
» Orang asli tidak pernah jumpa manusia moden ditemui di Amazon

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT sports junkie-
Jump to: