MySDT


Forum SDT (Saya Dan Teman)
 
HomeRegisterLog in

Share | 
 

 ‘Ummi, abi langgar ayam ke mak?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: ‘Ummi, abi langgar ayam ke mak?   Sat Jan 07, 2012 3:42 am


FATIMAH bersama cucunya Nor Damia Bashirah (kiri) Mohd Danish dan Nor
Dharwisya Batrisya ketika ditemui di FELDA Gugusan Raja Alias, semalam.

JEMPOL: Sebak perasaan kira-kira 100 tetamu yang berkampung di rumah
Norazimah Abdol Aziz, 34, apabila tiga anaknya yang masih kecil sibuk
bertanyakan kenapa rumah mereka dibanjiri ramai orang di Felda Gugusan
Raja Alias Empat di sini, semalam, dan apabila diberitahu mengenai
kematian ibu bapa mereka, anak sulungnya, Nor Dharwisya Batrisya Mohd
Shahrin, 6, hanya diam membisu kerana tidak memahami.

Bagaimanapun, apabila dikhabarkan kedua-dua orang tersayang itu
meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan, anak kecil itu hanya
berkata: “Ummi (Norazimah) dan abi (Mohd Shahrin) langgar ayam ke mak“.


Itu saja kata-kata yang keluar daripada mulut Nor Dharwisya apabila
diberitahu neneknya, Fatimah Nodin, 53, bahawa ibu bapanya meninggal
dunia dalam kemalangan di Kampung Gajah, Perak, semalam.

Fatimah yang dipanggil cucunya sebagai mak berkata, kematian anak
sulungnya, Norazimah Abdul Aziz, 34, dan suami, Mohd Shahrin Ismail,
33, hanya diketahui kira-kira jam 8.30 pagi semalam, selepas menerima
panggilan daripada polis.


Katanya, Nor Dharwisya Batrisya bersama dua lagi anak pasangan itu, Nor
Damia Bashirah, 5, dan Mohd Danish Nazreem, 2, dijaganya sejak lahir,
kerana ibu bapa mereka tinggal di Lumut, Perak.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html


Back to top Go down
 
‘Ummi, abi langgar ayam ke mak?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» makan ayam sembelihan orang kafir
» Umm and Ummi
» adakah nabi yang berjenis kelamin perempuan?
» Menjawab Fitnah:Apakah Nabi Muhammad bersenggama dengan sepupunya (Umi Hani)?
» Luthfi Langgar Aturan Poligami PKS?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MySDT :: SDT Kedai Kopi Korner :: SDT Current Issue-
Jump to: